Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Bakal Kahwin 1 Mac, Pewaris Kaya Pilih Transgender Paling Cantik Sebagai ‘Isteri’

Kisah hubungan cinta antara transgender terkenal, Nong Poy bersama seorang lelaki kaya kini sedang hangat menjadi bualan netizen di media sosial.

Mana tidaknya, menurut laporan mStar, dikatakan Nong Poy dan kekasihnya iaitu Oak Phakwa Hongyok bakal mendirikan rumah tangga pada 1 Mac 2023 telah mengejutkan ramai pihak.

Difahamkan juga, Oak Phakwa Hongyok merupakan anak kepada pemilik konglomerat Thailand serta bakal pewaris kumpulan Ar Jor yang mempunyai perniagaan hotel dan pelancongan.

Bukan itu sahaja, selain terlibat dalam perniagaan hotel dan perlancongan, kumpulan Ar Jor juga mempunyai muzium, restoran dan kafe terkenal di Phuket.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, jumlah sebenar aset seta kekayaan yang dimiliki oleh Oak Phakwa Hongyok masih belum dapat dipastikan lagi oleh orang ramai.

Dalam pada itu, Nong Poy merupakan seorang penggiat seni yang aktif membuat lakonan dan juga peragaan. Malah, dia juga mempunyai kekayaan yang tersendiri hasil daripada kerjayanya.

Sekadar info, Nong Poy pernah memenangi gelaran  Miss Tiifany’s 2004 dan ratu cantik Miss International Queen pada tahun yang sama.

Sumber: mStar 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd