Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Anwar Ibrahim Nafi Dakwaan Kerajaan Perpaduan Tak Tegas Dengan Rasuah

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim nafi dakwaan kerajaan dibawah pimpinannya tak tegas dengan masalah rasuah yang berlaku di negara.

Menurut laporan Buletin TV3, beliau menegaskan tidak pernah ‘memberi muka’ dan Kerajaan Perpaduan menentang sekeras-kerasnya salah guna kuasa dan amalan rasuah.

Anwar Ibrahim nafi tak tegas dengan rasuah

Artikel lain: Dituduh Ada Rasuah, Sanusi Cadang SPRM Ambil Alih KDA FC

“Proses badan kehakiman diteruskan dan tiada ugutan Datuk Seri Zahid, Presiden UMNO ada disini. Dia tidak pernah bagi kata dua pada saya, tetapi ada hak dia ataupun partinya memohon supaya Perdana Menteri dan Lembaga Pengampunan memberi pertimbangan dengan alasan-alasan mereka.
“Saya tidak mahu nafikan sama ada saya suka atau tidak suka, rakan politik atau musuh politik, prinsip keadilan dan prosesnya harus kita hormati,” katanya.

Bukan itu sahaja, beliau turut memberitahu tidak timbul isu permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak didengar lebih awal seperti mana yang didakwa umum dan menafikan pengampunan hanya boleh dibuat selepas tiga tahun penjara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jelasnya, beliau perlu menjalankan tanggungjawabnya sebagai perdana menteri dengan memastikan setiap rayuan yang diterima didengar oleh lembaga tersebut.

“Dalam kes ini bila rayuan diumumkan, perdana menteri pastikan rayuan didengar. Saya akui tanggungjawab itu. Sebaik saya dapat mana-mana rayuan, saya mohon supaya Lembaga Pengampunan bicarakan,” katanya.

Pada 1 hingga 9 Disember lalu, Anwar Ibrahim hadir dalam mesyuarat pertama Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan kerana mempunyai kaitan dengan Wilayah Persekutuan.

Dr Zaliha berperanan mengetuai  portfolio Wilayah Persekutuan sekaligus menggantikan Anwar Ibrahim dalam mesyuarat lembaga itu susulan rombakan kabinet, sebelum ini.

Terdahulu, lembaga pengampunan membuat keputusan untuk memendekkan hukuman penjara Datuk Seri Najib daripada 12 kepada enam tahun, dan mengurangkan denda RM210 juta kepada RM50 juta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perubahan hukuman tersebut telah disambut baik oleh yang menyatakan pendiriannya menghormati keputusan Lembaga Pengampunan tersebut.

Sumber: Buletin TV3 (Juliana Sharin)

+ posts

Nur Ain
Written By Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Sukan

Semangat kelab pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menunjukkan sikap profesional dan komited untuk meneruskan perlawanan meraih pujian Menteri Besar (MB) Johor. Menerusi perkongsian...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Lokal

Seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui berbalut dengan kain batik dalam kotak di atas jalan berhampiran Gua Tempurung di Gopeng, Ahad lalu. Memetik laporan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd