Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Anggap Rakyat Malaysia Tidak Ramah, Pelancong ‘Mat Salleh’ Undang Kecaman Netizen

Seorang pelancong ‘mat salleh’ telah mengundang kecaman orang ramai kerana beranggapan bahawa rakyat Malaysia tidak bersikap ramah terhadapnya.

Menerusi perkongsian @anthraxxx781 di akaun X, ia memaparkan sebuah video TikTok dihasilkan oleh pelancong tersebut yang dikenali sebagai Marilyn Ruv.

Dalam video tersebut, pempengaruh media sosial dari Rusia itu mengungkapkan bahawa dia tidak melihat seorang pun rakyat di negara ini memberikan senyuman sepanjang kunjungannya di Melaka.

“Saya perasan orang di sini kelihatan tidak ramah dan senyum antara satu sama lain. Tidak seperti di Thailand yang memberi perhatian dan mesra dengan saya,” katanya.

Selain itu, Marilyn turut menganggap bahawa layanan penduduk Thailand terhadapnya jauh lebih mesra dan ramah berbanding rakyat Malaysia yang tidak menyambut baik kedatangannya.

“Saya tahu negara ini banyak undang-undang tetapi, saya berasa sedikit tidak selesa. Ia seolah-olah kehadiran pelancong tidak sesuai di sini,” ujarnya.

https://www.instagram.com/p/C2HAgr1LHIK/?utm_source=ig_web_copy_link&igsh=MzRlODBiNWFlZA==

Dalam pada itu, Marilyn meluahkan rasa tidak selesa terhadap layanan berkenaan walaupun dia mengetahui negara Malaysia mempunyai pelbagai undang-undang.

Advertisement. Scroll to continue reading.
@marilyn_ruv

Not really anything bad, just feel like that, generally country so really nice and beautifel #travel #fyp #foryou #foryoupage

♬ original sound – Marilyn_ruv

Di samping mengundang rasa marah, rata-rata netizen turut menjelaskan punca rakyat Malaysia bertindak sedemikian terhadap pelancong berkenaan.

Kalau melancong, buat macam pelancong!

Ingat dia siapa? datang negara orang nak sengih je dekat dia

Kami cuma tak mahu ganggu orang…

Video TikTok berdurasi 44 saat itu telah meraih hampir 38,000 tontonan serta 900 tanda suka dan 1,400 komen setakat dimuat naik sejak empat hari lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: X @anthraxxx781

Nadhirah Suhaimi
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Penyanyi tersohor Indonesia, Krisdayanti menzahirkan kekaguman terhadap Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar yang disifatkan sebagai figura wanita berprinsip serta berintegriti...

Lokal

Jenazah seorang penuntut kolej, Nurfisya Zulkifly, 19, yang menjadi mangsa pembunuhan kejam dengan 61 tikaman, selamat dikebumikan awal pagi tadi dalam suasana pilu. Jenazah...

Dunia

Tular di media sosial dakwaan seorang jemaah calon haji (JCH) wanita warga emas dari Kabupaten Mamuju, Sulawesi Barat, yang dikatakan meminta turun dari pesawat...

Lokal

Motif cemburu dipercayai menjadi punca pembunuhan kejam seorang pelajar kolej perempuan berusia 19 tahun yang ditemukan maut dengan 61 kesan tikaman di tepi Jalan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd