Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Angelina Jolie Lawat Pakistan, Mahu Tarik Perhatian Dunia Untuk Bantu Mangsa Banjir

Pelakon Hollywood, Angelina Jolie melawat Pakistan demi menarik perhatian dan keprihatinan antarabangsa berhubung banjir besar melanda negara tersebut baru-baru ini.

Menurut laporan CNA Lifestyle, pelakon berusia 47 tahun itu dilihat tiba di lapangan terbang Karachi pada Selasa sebelum melawat beberapa daerah seperti di Dadu di wilayah Sindh.

Jawatankuasa Penyelamat Antarabangsa (IRC) dalam satu kenyataan memaklumkan, Jolie mahu merasai sendiri dan memahami situasi penduduk yang terjejas.

“Secara langsung, dia mengetahui tentang keperluan penduduk serta mengambil langkah-langkah pencegahan…
“…supaya kejadian itu tidak berulang di masa hadapan,” kata kenyataan tersebut pada Isnin, seperti dipetik CNN.

Berdasarkan laporan BERNAMA pula, Turkiye dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menjadi antara pembekal bantuan utama dengan menghantar berpuluh-puluh penerbangan sejak Ogos.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Sementara itu, Bank Pembangunan Asia (ADB) turut memaklumkan institusi itu sedang berusaha untuk segera menyediakan pakej bantuan serta pemulihan.
“Ia disediakan bagi membantu penduduk, kehidupan mereka dan infrastruktur segera serta untuk jangka panjang,” ujar ADB.

Untuk rekod, lebih 33 juta penduduk terjejas oleh bencana berkenaan disebabkan hujan lebat monsun sejak pertengahan Jun.

Jumlah kematian pula melepasi 1,550 termasuk beratus-ratus kanak-kanak serta kira-kira 13,000 lagi cedera.

Sumber: CNA Lifestyle , CNN , BERNAMA 

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kehilangan kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bukan penghalang buat dua beradik dari Kampung Seri Lebak, Temerloh untuk bangkit meneruskan kehidupan dengan...

Sosial

Pempengaruh Islamik, Aisyah Hijanah tampil memohon maaf secara terbuka susulan kesilapan penulisan ayat al-Quran yang terdapat dalam buku terbitannya, ‘Wanita Syurga’ sehingga mencetuskan kegusaran...

Bisnes

Gergasi automotif global Volkswagen dilaporkan merancang langkah penstrukturan semula terbesar dalam sejarah syarikat dengan mengurangkan sehingga 100,000 pekerja di seluruh dunia serta menutup empat...

Dunia

Isteri kepada pemain bola sepak Venezuela, Héctor Bello iaitu Andrea dilaporkan maut selepas mengorbankan nyawa untuk menyelamatkan anak perempuan mereka dalam kejadian gempa bumi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd