Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Aitana Bonmatí, Lionel Messi Pemain Terbaik FIFA 2023

Bintang bola sepak terkenal, Lionel Messi dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Lelaki Fifa 2023 manakala Aitana Bonmatí raih gelaran Pemain Wanita Terbaik Fifa untuk 2023 pada majlis anugerah di London.

Menurut laporan The Guardian, kemenangan Messi secara tidak langsung menewaskan penyerang Manchester City, Erling Haaland dan penyerang Paris St Germain dari Perancis, Kylian Mbappe.

Aitana Bonmatí dan Lionel Messi Pemain Terbaik FIFA

Artikel lain: Padah Jadikan Ronaldo Sebagai Idola, Messi ‘Unfollow’ Garnacho Di Instagram

Bukan itu sahaja, Aitana Bonmatí menzahirkan ucapan terima kasih kepada para penyokongnya selama ini malah rasa syukur serta berbangga dengan pencapaian yang dimilikinya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Beberapa minggu lalu saya berasa nostalgia untuk tahun yang luar biasa dan unik, tetapi bermula tahun ini dengan mengumpul anugerah ini saya berasa sangat bangga.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan saya, tanpa anda semua saya tidak akan berada di sini. Saya juga ingin mengatakan bahawa saya bangga menjadi sebahagian daripada generasi wanita berkuasa yang mengubah permainan dan dunia,” ujarnya.

Sementara itu, Pep Guardiola dianugerahkan sebagai Jurulatih Lelaki Terbaik Tahunan manakala Sarina Weigman raih Jurulatih Wanita Terbaik Tahunan dalam majlis tersebut.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam persembahan besar bersama England. dan FA atas sokongan besar.
“Terima kasih kepada semua pemain yang bangkit dari kejohanan Euro dan Finalissima ke Piala Dunia. Banyak perkara kita sudah capai dan sudah melakukannya dengan baik,” kata Weigman.

Sumber: The Guardian

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelatih industri yang maut ketika menjalankan kerja pembersihan tangki air di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh menyifatkan pemergian anaknya sebagai satu kehilangan...

Nasional

Kalau korang berada di Melaka hujung minggu ini, jangan terkejut kalau Morten Walk jadi antara lokasi paling meriah. Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (KHPM) Edisi...

Dunia

Beberapa pengguna media sosial tampil mempertikaikan dakwaan aktivis Rohingya, Noor Azizah mengenai pengalaman hidupnya di Sabah selepas mendakwa mengenali keluarganya ketika menetap di Sandakan...

Lokal

Pelarian Rohingya di Malaysia perlu diberikan akses pekerjaan dan pendidikan secara sah menerusi sistem lebih tersusun bagi mengurangkan kebergantungan kepada bantuan serta mengelakkan mereka...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd