Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ahli Perniagaan Tawar RM5000 Kepada Pihak Miliki Bukti Kes Zaharif

Seorang ahli perniagaan tawar ganjaran berjumlah RM5000 kepada mana-mana individu yang boleh memberi maklumat dan bukti rekod video melalui rakaman papan pemuka (dashcam) kenderaan kes Muhammad Zaharif.

Menurut laporan Harian Metro, ahli perniagaan yang dikenali sebagai Fahmi Huzairi memberitahu sehingga kini belum ada pihak yang tampil menyerahkan bukti yang diiginkan.

Ahli perniagaan tawar RM5000

Artikel lain: Anak Merintih 40 Minit Macam Kena Sembelih Tapi Pelaku Tengok Saja -Bapa

“Setakat ini tidak ada lagi saksi yang menuntut atau menepati syarat. Saya tak nak ganggu proses mahkamah dengan tawaran ini melainkan ingin membantu melancarkan proses keadilan sahaja.
“Jika tiada tuntutan yang menepati syarat, wang RM5,000 ini saya akan sumbangkan kepada keluarga mangsa selepas selesai prosiding mahkamah nanti sebagai sumbangan peribadi,” katanya.

Tambah Fahmi lagi, bukti yang jelas dapat membantu keluarga mangsa di mahkahmah dan secara tidak langsung dapat melancarkan lagi proses keadilan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Jika ada rekod video melalui ‘dashcam’ kereta anda yang jelas membuktikan ini adalah perbuatan bunuh, sila serahkan rekod video itu kepada keluarga mangsa.
“Selepas itu jika keluarga dan pihak peguam mangsa mengesahkan video anda membantu proses menegakkan keadilan di mahkamah, minta keluarga atau wakil peguam mereka menghubungi saya untuk tuntut ganjaran ini.
“Bagi yang mengenali keluarga mangsa, minta mereka menghubungi saya jika tawaran ganjaran ini membantu keluarga mangsa melancarkan proses keadilan,” katanya.

Pada 15 Disember lalu, kes kematian calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie menjadi bualan hangat ramai apabila mangsa dipercayai dilanggar dan diseret sejauh lebih lima meter oleh pegawai kanan polis.

Sumber: Harian Metro (Sudirman Mohd Tahir)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd