Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

“Adakah Stesen Minyak, Klinik Pun Ditutup Pada 1 Syawal?” – Adun Kota Lama Persoal Kerajaan Negeri Kelantan

Adun Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim mempersoalkan kewajaran keputusan kerajaan negeri Kelantan yang mengambil keputusan untuk menutup kesemua premis perniagaan pada 1 Syawal.

Menurut laporan Malaysiakini, beliau menyatakan kerajaan negeri pemimpin PAS perlu memberikan penjelasan berhubung peraturan tersebut bagi memastikan para peniaga dapat memahami rasional disebaliknya.

“Saya mencari rasional kenapa buat peraturan ini, apakah sebab nak tunjuk mereka melaksanakan Islam?” katanya.

Foto: Dr Hafidzah Mustakim Facebook

Adun dari parti Amanah itu turut menimbulkan persoalan mengenai nasib operasi perniagaan yang bersifat kritikal seperti klinik dan stesen minyak.

“Bagaimanapun soal perniagaan kritikal seperti klinik, apakah juga akan ditutup. Apakah sistem minyak juga ditutup. Ini perlukan penjelasan kerajaan negeri,” tambahnya.

Beliau turut berpandangan bahawa dengan penutupan klinik, ia boleh meningkatkan tekanan terhadap hospital kerajaan yang mungkin berdepan lonjakan pesakit semasa musim perayaan.

Foto: Malaysiakini

Terdahulu, media tempatan melaporkan bahawa semua premis perniagaan di Kelantan, termasuk pasar raya, restoran makanan segera, dan kedai serbaneka diarahkan untuk menutup operasi pada 1 Syawal.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Hilmi Abdullah menjelaskan bahawa langkah ini adalah sebahagian daripada peraturan pihak berkuasa tempatan bagi membolehkan pekerja Muslim meraikan Aidilfitri bersama keluarga.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: freemalaysiatoday.com

“Peraturan ini telah diamalkan sejak beberapa tahun lalu dan bukan perkara baru. Pemilik premis perniagaan boleh dikenakan kompaun jika gagal mematuhinya,” katanya seperti dilaporkan oleh Kosmo Online.

Sementara itu, Harakahdaily melaporkan bahawa di daerah Pasir Puteh, semua premis perniagaan dikehendaki tutup, bukan hanya 1 Syawal malah diperluaskan hingga ke 2 Syawal.

Bagaimanapun, Setiausaha Majlis Daerah  Pasir Puteh, Noor Azman Md Nawi membenarkan premis beroperasi pada hari kedua Aidilfitri dengan syarat pekerja diberi pilihan untuk bertugas serta diberikan elaun lebih masa.

Dalam pada itu, Dr Hafidzah mencadangkan  agar premis dibenarkan beroperasi separuh hari bagi memberi ruang kepada peniaga dan pekerja untuk menyambut Aidilfitri tanpa menjejaskan pendapatan mereka.

“Mungkin tutup dulu sebelah pagi sampai jam 12 tengah hari, lepastu perniagaan boleh beroperasi kembali,” ujarnya.

Sumber: Malaysiakini (Haspaizi Zain)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Penyanyi tersohor Indonesia, Krisdayanti menzahirkan kekaguman terhadap Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar yang disifatkan sebagai figura wanita berprinsip serta berintegriti...

Lokal

Jenazah seorang penuntut kolej, Nurfisya Zulkifly, 19, yang menjadi mangsa pembunuhan kejam dengan 61 tikaman, selamat dikebumikan awal pagi tadi dalam suasana pilu. Jenazah...

Dunia

Tular di media sosial dakwaan seorang jemaah calon haji (JCH) wanita warga emas dari Kabupaten Mamuju, Sulawesi Barat, yang dikatakan meminta turun dari pesawat...

Lokal

Motif cemburu dipercayai menjadi punca pembunuhan kejam seorang pelajar kolej perempuan berusia 19 tahun yang ditemukan maut dengan 61 kesan tikaman di tepi Jalan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd