Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

SPM 2024: 8,076 Calon Tidak Hadir Jawab Semua Kertas Peperiksaan

Kementerian Pendidikan (KPM) merekodkan seramai 8,076 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 tidak hadir menjawab semua kertas peperiksaan bertulis setakat 6 Februari lalu.

Menurut laporan Berita Harian, Menteri Pendidikan Fadlina Sidek menjelaskan bahawa daripada jumlah tersebut, seramai 6,231 orang merupakan calon sekolah KPM.

Foto: Berita Harian

Bagaimanapun, isu tersebut dipandang serius oleh pihak KPM, dengan analisis kehadiran calon bagi peperiksaan SPM yang dilaporkan setiap tahun adalah berdasarkan calon sekolah KPM yang mendaftar sekurang-kurangnya enam mata pelajaran.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Berdasarkan analisis daripada Aplikasi Pengurusan Ketidakhadiran ke Sekolah Semasa Peperiksaan, antara sebab utama ketidakhadiran calon ketika peperiksaan SPM 2024 adalah termasuk bekerja, masalah keluarga, masalah kesihatan, meninggal dunia dan berpindah ke luar negara,” katanya.

Fadhlina berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat) di Dewan Rakyat yang meminta penjelasan berhubung punca utama lebih 10,000 calon tidak menghadiri kertas Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM 2024.

SPM 2024

Foto: Sinar Harian

Bagi peperiksaan SPM 2024, seramai 386,739 calon baru telah mendaftar sekurang-kurangnya enam mata pelajaran dengan 345,129 daripadanya adalah calon sekolah KPM.

KPM telah mengambil pelbagai langkah intervensi termasuk memantau kehadiran murid melalui Sistem Kehadiran Murid (eKehadiran), mengaktifkan Task Force Intervensi Murid Berisiko Cicir SPM, dan melaksanakan Program Ziarah Cakna.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kebersamaan dalam melaksanakan tindakan ini menunjukkan usaha yang optimum daripada semua pihak,” katanya.

Artikel lain: Pelajar Lepasan SPM Ada Peluang Luas Dalam Bidang TVET – Ahmad Zahid

Selain itu Fadhlina berkata, KPM turut memberi peringatan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah untuk memantau kehadiran murid ke sekolah dan peperiksaan SPM.

KPM juga sudah melaksanakan pengesanan awal murid berisiko cicir dalam kalangan murid tingkatan empat bagi memastikan mereka akan hadir menduduki peperiksaan SPM 2025.

“Pengesanan awal ini membolehkan pihak sekolah membuat perancangan bagi melaksanakan intervensi. Program SPM 2025 akan diteruskan dengan memberi fokus kepada murid yang berisiko cicir bagi meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran wajib lulus SPM iaitu Bahasa Melayu dan Sejarah,” ujarnya.

Sumber: Berita Harian (Mohd Nasaruddin Parzi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd