Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

8 Bulan Bercinta Jarak Jauh, Wanita AS Terbang Ke India Demi Kekasih

Dalam dunia yang semakin terhubung secara digital, pertemuan jodoh tidak lagi terbatas pada ruang dan geografi.

Begitulah kisah unik seorang wanita dari Amerika Syarikat (AS), Jaclyn Forero dan Chandhan Singh dari India yang membuktikan bahawa cinta sejati boleh berputik di media sosial meskipun jarak memisahkan.

Foto: IG jaclyn.forero

Segalanya bermula apabila Jaclyn menemui akaun Instagram Chandhan lalu tertarik dengan perkongsiannya tentang teologi Kristian, dia mengambil langkah pertama dengan menghubungi Chandhan.

Perbualan mereka berkembang dengan pantas apabila mereka mendapati banyak persamaan minat terhadap muzik, seni, dan fotografi.

Walaupun hanya mengenali antara satu sama lain melalui skrin, hubungan mereka semakin erat dan mereka menjalinkan hubungan selama lapan bulan dalam talian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Setelah hampir setahun berhubung, Jaclyn akhirnya mendapat keizinan daripada ibunya untuk pergi ke India dan bertemu dengan Chandhan buat kali pertama.

Momen istimewa itu dirakam dan dikongsikan di Instagramnya, memperlihatkan kegembiraan dan kemesraan saat mereka bersatu selepas sekian lama berjauhan.

Jaclyn menulis, dia tidak pernah ragu tentang perasaannya terhadap Chandhan kerana dia merasakan lelaki itu adalah individu yang dia impikan untuk hidup bersama.

Walaupun budaya dan adat membezakan mereka, tetapi dia yakin bahawa perbezaan dan jarak bukanlah penghalang bagi hubungan mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, dia juga ada kongsikan bagaimana kisah percintaan mereka bermula.

Seperti kebanyakan kisah cinta yang unik, hubungan mereka mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat.

Ada yang tersentuh dan memberi sokongan, tetapi ada juga yang menghakimi, terutamanya kerana perbezaan umur mereka.

Foto: IG jaclyn.forero

Jaclyn sembilan tahun lebih tua daripada Chandhan, sesuatu yang sering menjadi topik perbualan di kalangan netizen, tetapi bagi mereka umur hanyalah angka kerana yang penting adalah kasih sayang dan keserasian antara mereka.

Kisah pasangan tersebut membuktikan bahawa cinta sejati tidak terbatas oleh jarak, perbezaan budaya, atau perbezaan usia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam dunia yang penuh dengan keraguan terhadap hubungan jarak jauh, mereka menjadi bukti bahawa apabila dua hati bersatu, tiada apa yang mampu menghalang mereka.

Melalui perkongsian di media sosial, Jaclyn terus menginspirasi ramai orang bahawa cinta boleh ditemui di mana-mana, selagi seseorang berani mengambil peluang dan percaya pada perasaan mereka sendiri.

Sumber: IG jaclyn.forero

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelatih industri yang maut ketika menjalankan kerja pembersihan tangki air di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh menyifatkan pemergian anaknya sebagai satu kehilangan...

Sosial

Video seorang lelaki dipercayai suami yang terjerit-jerit di hadapan sebuah restoran makanan segera, tempat isterinya bekerja tular di media sosial sehingga mengundang kecaman netizen....

Sosial

Tindakan sekumpulan pelancong yang dipercayai dari Malaysia mencetuskan kemarahan ramai selepas didakwa menghina penduduk tempatan ketika bercuti di China. Tutup hidung dan menjerit-jerit di...

Sosial

Pasangan suami isteri yang tular selepas dipercayai bertengkar di sebuah restoran makanan segera di Senai tampil menjelaskan keadaan sebenar bagi menepis pelbagai spekulasi yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd