Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

7,270 Pengguna Di Kelantan Tak Bayar Bil Air Tertunggak Berjumlah RM4.6 Juta

Sejumlah 7,270 pengguna tak bayar bil air dan mempunyai hutang bil air tertunggak berjumlah RM4.6 juta bagi tempoh 2022 dan 2023 di Kelantan dan tindakan undang-undang akan diambil.

Memetik laporan Buletin TV3, Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dalam satu kenyataan berkata pihaknya juga memberi tempoh sehingga hari ini kepada pengguna yang belum menjelaskan hutang bil air mereka yang sudah dipotong.

7,270 pengguna di Kelantan tak bayar bil air tertunggak berjumlah RM4.6 juta

Foto: Berita Harian

Jabatan Korporat AKSB berkata, sekiranya pengguna-pengguna gagal membayar tunggakan itu, senarai nama mereka akan diserahkan kepada Peguam AKSB bagi meneruskan tindakan undang-undang.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sejumlah 3,316 akaun dipotong bagi 2022 dengan hutang RM2.379 juta masih belum dijelaskan dan 2023 pula sejumlah RM2.196 juta direkodkan dengan 3,954 akaun bil air masih lagi berhutang.
“Justeru, AKSB terus mempergiat usaha menuntut hutang sebanyak RM4.5 juta daripada pengguna yang masih gagal menjelaskan hutang bil air yang sudah dipotong itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Artikel lain: Keputusan Permohonan Sijil Halal Dikeluarkan Dalam Tempoh 30 Hari Selepas Dokumen Diterima

Mengulas berkenaan proses tindakan diambil AKSB berkata, gerak kerja Unit Penguatkuasaan AKSB akan membuat pemotongan bil air di rumah pengguna atau premis yang aktif terlebih dahulu iaitu bil tertunggak melebihi tiga bulan.

“Dalam tempoh 45 hari bil akhir dikeluarkan, jika pengguna masih gagal menjelaskan tunggakan, penolakan deposit ke atas baki tunggakan akan dibuat, menjadikan akaun adalah tidak aktif dan berhutang,” ujarnya.

AKSB juga melantik empat ejen kutipan hutang berlesen bagi membuat tindakan susulan untuk mendapatkan semula jumlah hutang bil.

“AKSB akan memaklumkan perkembangan lanjut situasi ini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi seperti laman sesawang www.airkelantan.com.my, aplikasi MyAKSB dan Facebook.
“Pengguna juga boleh menghubungi PINTAS di talian 15777 jika mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan,” tambahnya.

Sumber: Buletin TV3

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Lokal

Pendaki wanita yang ditemui selamat selepas hampir dua minggu hilang di kawasan hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, memaklumkan bahawa beliau tidak mengalami...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd