Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Keputusan Permohonan Sijil Halal Dikeluarkan Dalam Tempoh 30 Hari Selepas Dokumen Diterima

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) telah menetapkan keputusan permohonan sijil halal dikeluarkan dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan diterima.

Memetik laporan Berita Harian, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sebanyak 9,440 syarikat merangkumi semua skim memiliki sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) mengikut data sehingga 7 Oktober lalu.

Foto: Sabah Post

Dalam satu jawapan bertulis pada sidang Parlimen semalam, Perdana Menteri memaklumkan JAKIM, MAIN dan JAIN sedang memproses 2,463 permohonan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, setakat 31 Julai lalu, JAKIM sudah menguruskan 96 peratus atau 1,744 daripada 1,812 permohonan SPHM dalam tempoh 30 hari.

“Bagi pencapaian tempoh pengurusan SPHM di negeri pula setakat 30 Jun lalu ialah 86 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) berkaitan apakah dasar kerajaan hari ini mengenai jumlah dalam senarai memohon dan tempoh masa yang diambil untuk memproses permohonan sijil halal dalam sidang Parlimen semalam.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 18 September lalu bersetuju mengekalkan dasar sedia ada bahawa permohonan SPHM yang dilaksanakan oleh JAKIM, MAIN dan JAIN adalah bersifat sukarela.

Foto: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dasar ini terbuka kepada mana-mana industri yang bersedia untuk mematuhi semua keperluan, piawaian dan standard pensijilan halal Malaysia serta perundangan yang berkuat kuasa,” ujarnya.

Pada masa yang sama, Anwar juga memaklumkan bahawa JAKIM dan MAIN/JAIN telah menetapkan keputusan permohonan dikeluarkan dalam tempoh 30 hari dari tarikh dokumen permohonan diterima.

Katanya, pengiraan tempoh ini hanya tertakluk kepada proses di pihak JAKIM atau MAIN/JAIN sahaja dan tempoh yang membabitkan tindakan di pihak industri tidak diambil kira.

“Berhubung tempoh masa yang diambil untuk memproses permohonan sijil halal, JAKIM dan MAIN/JAIN menetapkan keputusan permohonan dikeluarkan dalam tempoh 30 hari dari tarikh dokumen permohonan diterima.
“Pengiraan tempoh ini hanya tertakluk kepada proses di pihak JAKIM atau MAIN/JAIN sahaja, dan sebarang tempoh yang membabitkan tindakan di pihak industri tidak diambil kira.
“Komitmen ini sudah dilaksanakan sepenuhnya oleh JAKIM sejak Januari lalu, manakala di pihak MAIN/JAIN ia dilaksanakan sepenuhnya pada Julai lalu,” jelasnya.

Sumber: Berita Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Lotus’s Malaysia memulakan siasatan menyeluruh bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung insiden membabitkan seorang wanita mengandung yang didakwa dituduh mencuri di sebuah pasar raya Lotus’s...

Nasional

Masa depan kewangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus menjadi keutamaan apabila Kementerian Pertahanan (MINDEF) memberi penekanan terhadap usaha memperkukuh prestasi Lembaga Tabung Angkatan...

Lokal

Ketua Putera MIC Kebangsaan, Dr Shatesh Kumar Sangar membidas kenyataan berhubung isu penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menurutnya masih belum...

Lokal

Kerajaan Johor menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh terhadap operasi Network School di Forest City susulan kebimbangan orang ramai, termasuk dakwaan terdapat warga Israel...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd