Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

RM76.2 Juta Dirampas! Gudang Besi Buruk Rupanya Kilang Proses Dadah

Gudang Besi Buruk Rupanya Kilang Proses Dadah

Satu sindiket dadah di Lembah Klang yang menyamar sebagai pengusaha besi buruk, ladang ayam dan kebun kelapa sawit akhirnya tumpas selepas polis merampas 2,381 kilogram (kg) pelbagai jenis dadah bernilai RM76.2 juta.

Modus operandi mereka menggunakan rumah sewa dan gudang besi buruk sebagai stor simpanan serta tempat memproses dadah terbongkar menerusi empat serbuan pada Rabu lalu hasil risikan selama hampir lima bulan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Hussein Omar Khan berkata, serbuan pertama dijalankan di Bukit Rahman Putra, Shah Alam.

“Serbuan pertama dijalankan di Bukit Rahman Putra, Shah Alam dan kami menahan seorang lelaki warga tempatan.
“Polis merampas lima kg methamphetamine, 300 gram heroin, satu kg heroin base dan wang tunai RM1.001 juta,” katanya, hari ini.

Gudang Besi Buruk Rupanya Kilang Proses Dadah

Beliau berkata, serbuan kedua dilakukan di sebuah rumah sekitar Bestari Jaya dengan penahanan tujuh lelaki termasuk dua warga asing bersama 18 gram Erimin 5 dan 12 gram methamphetamine.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dalam serbuan ketiga di sebuah gudang besi buruk di sekitar Batang Berjuntai pula, polis merampas 95 tong berisi methamphetamine seberat 2,375 kg. Turut dirampas adalah mesin dan peralatan memproses dadah,” katanya.

Serbuan keempat juga dijalankan di Bestari Jaya membabitkan penahanan seorang lelaki warga tempatan.

Hussein berkata, keseluruhan rampasan itu mampu menjejaskan seramai 11.91 juta individu sekiranya disalahgunakan.

“Polis percaya sindiket ini aktif sejak awal Januari tahun lalu. Suspek pertama berperanan sebagai ketua manakala suspek kedua hingga kelapan adalah pekerja dan penjaga stor.
“Sementara suspek kesembilan berperanan sebagai runner,” katanya sambil menambah tiga suspek didapati positif dadah.

Menurutnya, suspek utama direman tujuh hari, manakala lapan suspek lain direman 10 hari.

“Tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthak Harta) 1988 dengan jumlah keseluruhan sitaan RM1.26 juta membabitkan wang tunai RM1.001 juta, Toyota Vellfire dan Toyota Hilux.
“Nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan berjumlah RM77.46 juta,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: Harian Metro (Amirul Aiman Hamsuddin)

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Tentera Israel didakwa bertindak kejam terhadap peserta Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 yang kini ditahan di Penjara Ktziot termasuk penggunaan senjata perenjat elektrik (taser)...

Dunia

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dilaporkan menangguhkan rancangan serangan terhadap Iran minggu ini selepas menerima amaran daripada sekutu negara Teluk dan pegawai pentadbirannya sendiri...

Sukan

Impian beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei untuk melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2026 tidak kesampaian selepas tewas kepada...

Sosial

  Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) fizikal dikenali sebagai Azlan mencuri perhatian selepas memilih untuk menyerahkan sejumlah wang tunai yang ditemuinya kepada pihak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd