Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

21 Kenderaan Perdagangan Disita Selepas Pemeriksaan Di 37 PUSPAKOM – JPJ

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita 21 kenderaan perdagangan menerusi Ops Khas di 37 Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) sejak 30 Disember lalu.

Pemeriksaan di 37 PUSPAKOM

Menerusi satu kenyataan, Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, operasi tersebut sebagai salah satu elemen khas menerusi Operasi Khas Gempur Teknikal bagi tindakan penguatkuasaan lebih tegas terhadap kenderaan perdagangan yang gagal mematuhi peraturan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Kaedah-Kaedah di bawahnya.

Aedy berkata, pelaksanaan Ops Khas PUSPAKOM adalah untuk memastikan keselamatan kenderaan dan membendung kesalahan teknikal pada kenderaan perdagangan sebelum, semasa, dan selepas melakukan pemeriksaan berkala atau awalan di PUSPAKOM.

Foto: Bernama

“Sepanjang operasi yang dilaksanakan sejak 30 Disember lalu, pihak JPJ mengadakan pemeriksaan di 37 Puspakom di seluruh negara dan hasil daripada itu, sebanyak 21 kenderaan disita.
“Pihak JPJ mengesan kesalahan kenderaan yang disita membabitkan Lesen Perdagangan Kenderaan Motor palsu, guna kenderaan tidak berdaftar, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, Insurans tamat tempoh dan menggunakan Lesen Perdagangan Kenderaan Motor syarikat lain,” katanya hari ini.

Sementara itu, beliau berkata daripada jumlah sitaan tersebut JPJ turut mengesan sebuah lori diluluskan oleh pihak PUSPAKOM sedangkan keadaan fizikal kenderaan itu tidak mengikuti piawaian standard keselamatan kenderaan.

Artikel lain: JPJ Tawar Kadar Kompaun Khas RM150 Untuk Tiga Kesalahan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: BH Online

“Tindakan sitaan terhadap kenderaan itu diambil mengikut Seksyen 64(1) Akta 333 bagi mengelakkan berlakunya kesalahan berterusan.
“Berikutan daripada kes itu, JPJ mengadakan kerjasama strategik dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi kes-kes membabitkan penyelewengan terhadap keputusan pemeriksaan kenderaan di PUSPAKOM,” ujarnya.

Pada masa sama, pihak JPJ juga akan mengadakan penguatkuasaan secara berterusan dan bersepadu dengan agensi penguat kuasa lain.

“JPJ sentiasa komited memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya dan berusaha meminimumkan kadar kemalangan dan kematian akibat nahas jalan raya terutamanya membabitkan kenderaan perdagangan,” jelasnya.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Bob T20, mencuri perhatian ramai selepas berkongsi kisah peribadinya mengenai hubungan dan kehidupan lampau menerusi satu sesi podcast baru-baru ini. Menurut...

Lokal

Kerajaan Negeri Terengganu menegaskan ia tidak akan mengambil tindakan terburu-buru dalam menangani isu kebanjiran etnik Rohingya di beberapa kawasan di negeri itu, sebaliknya akan...

Sosial

Isu pengurusan pelarian etnik Rohingya kembali mencuri perhatian apabila dakwaan kos rawatan kesihatan yang ditanggung kerajaan mencecah sekitar RM30 juta setahun di hospital kerajaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd