Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

10,000 Dijangka Hadir Ke Himpunan Perdana Rakyat Bersama Anwar Ibrahim

Kira-kira 10,000 orang dijangka menghadiri Himpunan Perdana Rakyat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu pada Ahad ni.

Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah, Datuk Ts Mustapha Sakmud berkata, ia dianjurkan bagi meraikan ulang tahun ke-25 KEADILAN Sabah selain menzahirkan sokongan rakyat negeri tersebut kepada kepimpinan Perdana Menteri menerajui Malaysia MADANI.

10,000 dijangka dadir ke Himpunan Perdana Rakyat

Himpunan Perdana Rakyat

“Himpunan tersebut juga bakal dihadiri oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan pemimpin parti-parti lain dalam Kerajaan Perpaduan,” kata beliau yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi dalam satu kenyataan hari ini.

Himpunan Perdana Rakyat

Antara program pengisian yang disediakan adalah persembahan artis Elica Paujin dan Mad Sabah, Forum Madani Rakyat, Sesi Pidato Rakyat, Pidato Pimpinan KEADILAN dan kemuncak program iaitu Pidato Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Artikel lain: Wakil PKR Sabah Cadang Anwar Dinobatkan ‘Bapa Malaysia’

Advertisement. Scroll to continue reading.

Himpunan Perdana Rakyat

Untuk mengelakkan sebarang kesesakan, orang ramai dinasihatkan supaya hadir lebih awal bermula jam 8 pagi.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pemandu e-hailing yang tular selepas dipercayai memukul bekas isterinya di kawasan parkir awam di luar Balai Polis Bandar Baru Bangi akhirnya ditahan polis...

Sosial

Hasrat sepasang kekasih yang bakal mendirikan rumah tangga minggu depan tidak kesampaian apabila wanita yang dinanti untuk bergelar isteri maut dalam kemalangan jalan raya...

Lokal

Polis menahan lima lelaki tempatan berusia dalam lingkungan belasan tahun hingga 20-an bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan dua remaja perempuan berusia 15 dan...

Sosial

Seorang wanita merayu bantuan orang ramai menerusi platform Threads untuk mengesan bekas suaminya yang didakwa menumbuk mukanya ketika proses penyerahan anak di Bangi, petang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd