Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Kerajaan Umum Unit Amanah Dikecualikan Cukai Keuntungan Modal

Kerajaan umum Unit amanah dikecualikan Cukai Keuntungan Modal (CGT) dan Cukai Pendapatan Sumber Asing (FSI).

Menurut laporan Buletin TV3, pengecualian FSI berkuat kuasa dari 1 Januari 2024 sehingga 31 Disember 2026 manakala CGT berkuat kuasa dari 1 Januari 2024 sehingga 31 Disember 2028.

Keputusan itu dilakukan bagi memastikan rakyat terus mendapat manfaat daripada keuntungan mereka dan melabur untuk masa akan datang, menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Unit Amanah dikecualikan Cukai Keuntungan Modal

Artikel lain: Southern Power Milik TNB Bincang Dengan LHDN Isu Cukai Tambahan RM78 Juta

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Melalui pelbagai penglibatan kami dalam perkara ini, menjadi perhatian kami bahawa bidang yang terkesan oleh CGT ialah unit amanah dengan lebih 90 peratus pemegang unit amamah adalah individu,” kata beliau pada pelancaran Bursa Malaysia sebagai bursa pelbagai aset dan logo baharu Bursa Malaysia hari ini.

Sebelum ini, kerajaan memperkenalkan CGT dalam Belanjawan 2024 untuk mengembangkan asas cukai selain selaras dengan amalan terbaik antarabangsa.

Keuntungan daripada pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat merupakan skop untuk CGT dan pelupusan saham tersenarai dan pelupusan oleh individu tidak tertakluk kepada CGT.

Sumber: Buletin TV3 (Afrina Romzi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kehilangan kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bukan penghalang buat dua beradik dari Kampung Seri Lebak, Temerloh untuk bangkit meneruskan kehidupan dengan...

Sosial

Pempengaruh Islamik, Aisyah Hijanah tampil memohon maaf secara terbuka susulan kesilapan penulisan ayat al-Quran yang terdapat dalam buku terbitannya, ‘Wanita Syurga’ sehingga mencetuskan kegusaran...

Bisnes

Gergasi automotif global Volkswagen dilaporkan merancang langkah penstrukturan semula terbesar dalam sejarah syarikat dengan mengurangkan sehingga 100,000 pekerja di seluruh dunia serta menutup empat...

Dunia

Isteri kepada pemain bola sepak Venezuela, Héctor Bello iaitu Andrea dilaporkan maut selepas mengorbankan nyawa untuk menyelamatkan anak perempuan mereka dalam kejadian gempa bumi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd