Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

TH Perketat Pemantauan Badal Haji, Tiada Kes Penipuan Direkodkan Tahun Ini

Tiada sebarang kes penipuan pakej haji direkodkan sepanjang musim haji tahun ini hasil pemantauan bersepadu membabitkan Tabung Haji, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi berkaitan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan berkata, operasi pemantauan dilaksanakan secara menyeluruh termasuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta platform media sosial bagi membanteras sindiket penipuan yang menyasarkan bakal jemaah haji.

“Alhamdulillah. Inilah yang kita lakukan bersama Tabung Haji, Polis Diraja Malaysia dan pihak berkuasa. Iaitu, kita memantau secara fizikal di lapangan terbang di Kuala Lumpur untuk mengelakkan penipuan.
“Kita juga memantau di media sosial. Dan buktinya, kejayaan pada tahun ini, alhamdulillah, tiada kes penipuan. Tiada kes, termasuk kes penipuan pakej haji.
“Dan ini menunjukkan keberkesanannya dan kita bersyukur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sambutan Ketibaan Jemaah Haji Penerbangan Terakhir 1447H/2026M di Kompleks Bunga Raya, KLIA, pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan aspek pemantauan turut diperketat bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan atau penipuan melibatkan urusan badal haji.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Sumber: Astro Awani (Yasmin Ahmad)

Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd