Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Filem Soloz: Game Of Life Tampilkan Genre E-Sukan Ke Pawagam

Filem Soloz: Game Of Life yang mengangkat kisah benar perjalanan hidup ikon e-sukan tanah air Muhammad Faris Zakaria atau Soloz akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 23 Januari ini.

Soloz: Game Of Life temui penonton 23 Januari ini

Filem arahan Syafiq Yusof itu menampilkan Hun Haqeem sebagai watak utama, bersama barisan pelakon seperti Ikmal Amry, Jaa Suzuran, Hafeez Mikail, Imran Aqil, Syafie Naswip dan ramai lagi.

Soloz: Game Of Life

Soloz: Game Of Life tampil genre e-sukan

Menurut Syafiq, dia mengakui bahawa filem terbitan Key Billions Sdn. Bhd. itu adalah karya terbaharu arahannya yang menampilkan genre e-sukan.

“Filem ini diinspirasikan daripada kisah benar tentang perjalanan seorang remaja yang dikenali sebagai Soloz dalam menghadapi cabaran dan liku hidup sebagai pemain E-Sukan profesional.
“Filem ini mengeksplorasi cita-cita anak muda, semangat setia kawan, dan kasih sayang ibu bapa,” katanya ketika berucap pada majlis tayangan perdana di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya pada Isnin.

Syafiq turut menekankan aspek teknikal dan elemen permainan video melalui perbincangan dengan Moonton untuk memastikan segala garis panduan permainan diikuti dengan betul.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam penghasilan filem ini, anak kepada pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam itu memperkenalkan elemen kesan khas melalui imej janaan komputer (CGI) dengan kerjasama Frame Motion Studio.

Sementara itu, penerbit Rahila Ali berkata filem berkenaan membawa genre baharu ke industri perfileman tanah air.

“Ia satu idea yang segar dan memberikan kelainan kepada penggemar filem tempatan. Mengikut kajian, permainan video Mobile Legends: Bang Bang mencatat purata pemain seramai 110 juta orang setiap bulan di seluruh dunia” ujarnya.

Artikel lain: Filem Seram Bisikan Dosa Temui Penonton Di Pawagam 9 Januari Ini

Soloz: Game Of Life turut diserikan dengan dua lagu tema iaitu ‘Untuk Semua Jiwa’ oleh Hun Haqeem dan Noki serta ‘To The Finish Line’ oleh Vanessa Reynauld dan Rebel Asia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kedua-dua lagu tema tersebut boleh didapati di platform penstriman digital seperti Apple Music, Spotify, dan YouTube Music, dengan video muzik rasmi boleh ditonton di saluran YouTube sonymusicMYVEVO.

Ditulis oleh Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Di sebalik gemerlap dunia media sosial, setiap penceritaan ada hikmahnya. Begitulah yang dapat dilihat melalui insiden melibatkan Kak Nab, seorang pempengaruh TikTok yang juga...

Sosial

Kenyataan pempengaruh dan usahawan, Faiz Soul, yang mendakwa satu produk minuman mampu menurunkan kolesterol serta paras gula dalam darah mencetuskan kecaman netizen. Mana tidaknya,...

Sosial

Seorang lelaki tampil memberi penjelasan susulan tular insiden membabitkan sebuah Toyota Alphard dan penunggang motosikal di Taman Johor Jaya di Johor Bahru yang berakhir...

Lokal

Polis mengesahkan penemuan mayat seorang wanita yang disembunyikan di dalam sebuah beg dan ditanam di kawasan belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd