Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Banjir Buruk Di Segamat, Dua Warga Emas Lemas Dalam Dua Rumah Berasingan

Dua warga emas lelaki dan wanita ditemukan lemas di dua rumah berasingan di Jalan Kwongsai, Chaah, Segamat dalam kejadian banjir pagi tadi.

Menurut laporan Malaysia Gazette, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, kedua-dua mangsa dikenali sebagai Lee Amo Yee, 78, dan Tan Sue Ke, 74.

Ahmad Zamry berkata, kedua-duanya ditemukan di dalam kediaman masing-masing di belakang Balai Polis Chaah oleh waris mereka pada pukul 11 pagi tadi.

“Waris mangsa memaklumkan kedua-dua mangsa tinggal di rumah berseorangan dan dikatakan tidak keluar dari rumah kerana menyangka banjir tidak seburuk ini.
“Ketika kejadian, rumah mangsa tenggelam sehingga ke paras bumbung,” katanya.

Tambah beliau, kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Segamat untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, beliau memaklumkan banjir di daerah terseebut turut membuatkan kawasan perumahan polis di Chaah dan Bandar Segamat terjejas sehingga melibatkan lebih 169 keluarga pegawai serta anggota polis.

“Dari segi cabaran lain, banjir kali ini sememangnya tidak dijangka malah ia juga adalah yang terburuk dalam tempoh 50 tahun terutamnya di kawasan Chaah.
“Malah, ada juga kawasan seperti di Kampung Sri Gajah yang dikelilingi kelapa sawit menyebabkan bot agensi penyelamat sukar sampai ke lokasi banjir yang terhalang dengan sisa sawit,” ujarnya.

Sumber: Malaysia Gazette (Reza A Hamid)

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan global setelah Gamuda Bhd iaitu syarikat pembinaan terkemuka negara dilaporkan menjual tanah seluas 389 ekar di Port Dickson kepada...

Spotlight

Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya sah bergelar isteri apabila selamat bernikah dengan aktor Maxime Bouttier dalam sebuah majlis gilang gemilang yang diadakan di Bali,...

Politik

Gesaan agar Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden parti semakin mendapat momentum selepas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam...

Sosial

Baru-baru ini, seorang anggota polis Din Helmy berkongsi satu pengalaman yang menyentuh hati orang ramai melalui satu hantaran di akaun TikTok miliknya. Menerusi video...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd