Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Langgar Suami Isteri: Pemandu Nissan Navara Mengaku Bersalah, Dipenjara 30 hari & Denda RM12,000

Mengaku Bersalah

Seorang jurujual aksesori kereta mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM12,000 oleh Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memandu secara melulu hingga menyebabkan sepasang suami isteri cedera.

Tertuduh, K. Darmaraju, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Khairunnisak Hassni pada Selasa.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memandu trak pikap jenis Nissan Navara secara melulu dan membahayakan di Lebuhraya PLUS arah pusat bandar, sebelum Plaza Tol Duta, kira-kira jam 8.30 pagi pada 10 Mei lalu.

Pemandu Nissan Navara Mengaku Bersalah

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda maksimum RM15,000, jika sabit kesalahan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara bermula dari tarikh tangkapan pada 11 Mei, selain menggantung kelayakan tertuduh untuk memegang atau mendapatkan lesen memandu selama lima tahun.

Foto: Berita Harian

Artikel lain: Anak Suami Isteri Dirempuh Navara Bersuara, Mahu Tuntut Keadilan

Terdahulu, media melaporkan pasangan suami isteri yang menunggang motosikal cedera selepas dilanggar oleh sebuah trak pikap dalam kejadian pada Sabtu. Video kemalangan itu turut tular di media sosial dan mengundang kemarahan orang ramai.

Sumber: Utusan Online (Amirul Aiman Osman)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd