Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Nahas FRU : PDRM Akan Pastikan Kebajikan Keluarga Mangsa Diberi Perhatian

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memastikan kebajikan keluarga anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan, Perak diberi perhatian secukupnya.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menzahirkan perasaan sedih berhubung kejadian itu serta ucapan takziah buat semua keluarga mangsa.

Kebajikan keluarga

Kebajikan keluarga

“Jasa mereka yang terkorban amat dihargai kerana kemalangan itu berlaku selepas mereka menjalankan tugas dan tanggungjawab diamanahkan.
“PDRM akan memastikan kebajikan keluarga semua anggota yang terkorban ini diberikan perhatian sebaiknya,” katanya ringkas.

Artikel lain: Nahas FRU: Stereng Lori Pasir Disyaki Rosak, Pemandu Lori Meninggal Dunia Ketika Dapatkan Rawatan

Kebajikan keluarga

Setakat ini, media melaporkan angka kematian dalam tragedi kemalangan melibatkan lori Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan lori muatan batu di Jalan Chikus, Sungai Lampam di sini meningkat kepada 9 orang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, 8 anggota FRU yang cedera dalam nahas tersebut telah dikenal pasti identiti mereka dan dikejarkan ke Hospital Teluk Intan untuk menerima rawatan lanjut.

Sumber: Harian Metro (Hafidzul Hilmi Mohd Noor)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menerima peruntukan keseluruhan berjumlah RM22.11 bilion menerusi Belanjawan 2027, sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 1.66 peratus berbanding tahun sebelumnya. Peruntukan berkenaan...

Nasional

Seramai 150 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) sempena Sambutan Hari ATM Ke-93 pada Selasa. Markas ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd