Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ada Unsur Gharar, Trend Cedok-Cedok Di TikTok Adalah Haram

Tidak dapat dinafikan, sejak aplikasi TikTok memperkenalkan ciri terbaharu TikTok Shop di Malaysia, ramai penjual telah melakukan trend jualan cedok-cedok pelbagai jenis produk dengan menetapkan harga yang bersesuaian mengikut saiz bekas yang digunakan.

Bagaimanapun, ramai dari kalangan kita tak sedar bahawa sebenarnya hukum dalam melakukan jual beli sebegitu adalah haram di sisi syariat islam kerana mempunyai unsur gharar yang dilarang sama sekali oleh Nabi Muhammad SAW.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh @muamalat.my di laman Facebooknya, portal tersebut telah memberi penjelasan kepada soalan yang diajukan oleh seorang individu berkaitan dengan trend jual beli cedok-cedok yang semakin popular dalam kalangan masyarakat kita pada ketika ini.

Nabi Muhammad SAW mengharamkan jual beli gharar

Jelasnya, jual beli seperti cedok-cedok mempunyai unsur gharar di mana ia bermaksud pembeli tidak dapat memastikan bentuk atau jenis barang yang bakal diperoleh dan ia sama seperti jual beli al-mulamasah kerana mempunyai unsur gharar fahisy yang jelas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Gharar ada dua keadaan, Gharar Wujud dan Gharar Al-Siffah

Difahamkan, gharar telah dikategorikan kepada dua jenis keadaan iaitu gharar wujud dan juga gharar al-siffah.

Gharar wujud bermaksud struktur asas jual beli itu tidak dapat dipastikan barangan diperoleh atau tidak manakala gharar al-siffah pula pembeli tidak dapat memastikan jenis produk apa yang akan dimiliki.

Penjual dan pembeli dinasihatkan untuk lebih peka

Susulan daripada itu, penjual serta pengguna yang melakukan pembelian dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dalam sebarang tindakan atau aktiviti yang telah menjadi trend pada ketika ini.

Meskipun barang tersebut dijual pada harga yang sangat murah, perlu diingatkan bahawa kegiatan jual beli seperti cedok-cedok itu berunsurkan gharar dan ia diharamkan mengikut undang-undang islam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook (Muamalat.my)

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bermula Jumaat tahun depan, pemakaian baju kurung dan baju Melayu teluk belanga bersama Kain Benang Johor oleh penjawat awam sebagai baju kerja akan dilaksanakan....

Kolumnis

Kita mesti sentiasa berpesan bahawa integriti bukanlah sekadar nilai tambahan. Sebaliknya tiang seri yang menentukan kestabilan dan kelangsungan sesebuah negara. Apa jua bentuk korupsi,...

Lokal

Setelah lebih lapan tahun, saluran Astro Warna secara rasmi tamat siaran pada tengah malam 3 Disember dan dikatakan bakal beralih ke saluran Astro Prima....

Lokal

Suruhanjaya Tenaga (ST) berjaya lupuskan sejumlah 4,386 barangan rampasan bernilai lebih RM250,000 bagi kes-kes di Semenanjung Malaysia di sebuah pusat pembuangan dan pelupusan logam...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd