Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Saksi Dengar Dentuman Kuat, Jeritan Anggota FRU Laung Allahuakbar

Dentuman kuat kedengaran sebelum suasana berubah menjadi kelam-kabut apabila anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) bergegas semasa cuba menyelamatkan rakan yang terlibat kemalangan dengan sebuah lori membawa muatan pasir di sini, pagi tadi.

Peniaga gerai makan Airul Amri Abd Hamid, 31, semasa menceritakan peristiwa itu berkata beliau sedang nembuat persiapan untuk membuka gerai apabila tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat sekitar 8.50 pagi, menyebabkan beliau bergegas ke lokasi kejadian.

Saksi dengar dentuman kuat

Saksi dengar dentuman kuat

Foto: Bernama

“Keadaan agak kelam-kabut kerana ramai anggota di lokasi. Mereka (lori pasukan) berkonvoi, dan apabila sebuah daripada kenderaan terlibat kemalangan, kenderaan lain di depan berhenti untuk membantu.. ramai menjerit melihat rakan mereka terlibat (kemalangan).
“Suasana begitu pilu melihat mereka berusaha membantu rakan, dan ada mangsa dari kenderaan FRU terbabit yang masih bernafas. Anggota FRU yang lain bantu mengangkat dan menyusun rakan mereka di tepi jalan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Airul Amri berkata beliau turut melihat ada anggota FRU berkenaan tersepit dalam kenderaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: “Kami Tunggu 10 Tahun Timang Anak Perempuan, Kini Dia Pula Tiada” -Isteri Anggota FRU

Saksi dengar dentuman kuat

Sementara itu seorang pembantu gerai Noor Ain Asyigin Abdul Khalel, 38, berkata beliau melihat ramai anggota FRU bergegas turun dari sebuah lagi lori pasukan itu dan berlari ke arah kenderaan yang terbalik akibat kemalangan itu.

“Mereka berlari sambil menjerit Allahuakbar dan ada memanggil nama rakan mereka. Memang dengar orang meraung dan menangis kerana ada (anggota) yang sampai di lokasi beritahu terdapat mangsa sudah pucat dan parah,” katanya.

Beliau berkata kawasan itu memang sering berlaku kemalangan dengan tiga kejadian berlaku dalam tempoh enam bulan, namun beliau berkata insiden hari ini paling menyayat hati kerana melibatkan kehilangan nyawa.

Pagi tadi Ketua Polis Hilir Perak ACP Dr Bakri Zainal Abidin mengesahkan sembilan anggota FRU dari Unit 5

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ipoh maut dalam nahas di Jalan Chikus-Sungai Lampam, semasa konvoi pasukan itu dalam perjalanan pulang selepas bertugas sempena Hari Wesak di sini.

Semua mayat terlibat dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd