Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

UN Peacekeeping Ministerial 2025: Khaled Nordin Bawa Suara Malaysia, Dokong Keamanan Global

Khaled Nordin Bawa Suara Malaysia

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bawa suara Malaysia ke pentas antarabangsa apabila tiba di Berlin, Republik Persekutuan Jerman bagi menghadiri Forum Menteri-Menteri Pertahanan Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN Peacekeeping Ministerial) 2025 yang berlangsung pada 13 dan 14 Mei ini.

Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Berlin Brandenburg pada jam 5.36 petang (waktu tempatan) disambut oleh Counsellor Kedutaan Besar Malaysia di Berlin, Tuan Rozaime Mohamed Desa.

Khaled Nordin Bawa Suara Malaysia

Forum dwitahunan anjuran PBB itu menghimpunkan pemimpin dan pegawai pertahanan tertinggi dari seluruh dunia yang menyokong pelaksanaan misi keamanan sejagat.

Dalam satu kenyataan, Mohamed Khaled berkata penyertaan Malaysia dalam forum ini adalah simbol kesungguhan negara untuk terus memperkukuh komitmen terhadap keamanan antarabangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Alhamdulillah. Saya bersama delegasi Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia tiba di Berlin, Republik Persekutuan Jerman bagi menghadiri UN Peacekeeping Ministerial 2025 yang akan berlangsung pada 13 dan 14 Mei 2025.
“Insya-Allah, saya mengambil peluang ini untuk menyuarakan pandangan dan memperbaharui komitmen negara dalam mendokong usaha keamanan sejagat ini,”kata beliau.

Artikel lain: Menteri Pertahanan Santuni Warga ATM: Infrastruktur Dibaik Pulih, Ekonomi Keluarga Diperkasa

Sepanjang forum berlangsung, beliau turut dijadual mengadakan pertemuan dua hala bersama Menteri Pertahanan Jerman, TYT Boris Pistorius, dan Menteri Pertahanan Itali, TYT Guido Crosetto untuk membincangkan kerjasama pertahanan pelbagai hala.

Malaysia merupakan antara penyumbang aktif dalam misi pengaman PBB sejak bertahun-tahun, termasuk melalui penyertaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Lubnan, Sahara Barat dan Sudan Selatan.

Forum ini dijangka menjadi medan penting bagi negara-negara anggota memperkukuh standard keselamatan, latihan dan perlindungan kepada anggota pasukan pengaman yang berkhidmat di medan misi seluruh dunia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: FB Khaled Nordin

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Bekas banduan yang menempuh perjalanan hidup luar biasa menerima perkenan untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu pertemuan hampir sejam pada...

Spotlight

Perbezaan agama tidak seharusnya menjadi penghalang kepada hubungan kekeluargaan, sebaliknya perlu diraikan dengan rasa hormat dan kefahaman, demikian perkongsian menyentuh hati oleh personaliti Facebook,...

Lokal

Tiga kanak-kanak ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam kolam kumbahan berhampiran Flat Sibu Jaya di sini pada Rabu. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan...

Sosial

Seorang suami kini berada dalam kesedihan mendalam selepas kehilangan isteri tercinta, Nor Suhaila Shariff dalam satu kemalangan maut di Batu 14, arah selatan Lebuhraya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd