Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Penganut Hindu Sebak, Tragedi FRU Berlaku Lepas Pulang Bertugas Di Chitra Pournami

Seorang penganut Hindu sebak apabila mengetahui bahawa tragedi melibatkan pemergian sembilan orang anggota keselamatan berlaku selepas mereka bertugas di perayaan Chitra Pournami di Hilir Perak.

Penganut Hindu sebak dapat tahu pemergian anggota FRU

Menerusi hantaran di Facebook Lishalinee, dia tidak menyangka bahawa malam tersebut adalah malam terakhir buat para anggota keselamatan yang terkorban dan mengucapkan terima kasih kerana menyelia perayaan keagamaan tersebut hingga selesai.

“Kami baru sahaja menunaikan tanggungjawab keagamaan dalam suasana selamat dan aman hasil pengorbanan mereka, namun tidak sangka itulah malam terakhir mereka semua,” tulisya.

Penganut Hindu Sebak

Penganut Hindu sebak, anggap sejarah hitam negeri Perak

Dalam pada itu, pengguna Facebook berkenaan juga menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa dan menyifatkan kejadian tersebut sebagai satu sejarah hitam buat negeri Perak.

“Terima kasih kepada pegawai yang mengawal selia perayaan penganut Hindu dengan begitu ketat. Kami terhutang budi kepada semua.
“Salam takziah kepada semua yang kehilangan suami, abang, adik dan ayah. Semoga semuanya kuat menghadapi ujian ini,” katanya.

Artikel lain: “Kami Tunggu 10 Tahun Timang Anak Perempuan, Kini Dia Pula Tiada” -Isteri Anggota FRU

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pulang bertugas di perayaan Chitra Pournami

Dalam pada itu, memetik laporan dari Kosmo! Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin memaklumkan kejadian berlaku ketika tujuh konvoi kenderaan FRU dalam perjalanan pulang ke Ipoh setelah selesai penugasan perayaan Chitra Pournami di daerah Hilir Perak.

Bagaimanapun, kenderaan membawa 18 anggota yang berada pada kedudukan kelima konvoi itu telah dirempuh lori membawa muatan batu.

“Tujuh kenderaan terlibat dalam konvoi itu termasuk dua buah pacuan empat roda, empat buah lori dan sebuah bas di mana kenderaan membawa mangsa yang kelima dalam barisan.
“Penugasan anggota ini mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) FRU di mana jika berlangsung selama tiga hari, satu hari untuk perjalanan ke lokasi, satu hari untuk bertugas, dan satu hari untuk pulang. Itu adalah protokol standard FRU,” katanya.

Terdahulu, tragedi nahas membabitkan kenderaan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus, Sungai Lampam, Teluk Intan sekitar jam 8.30 pagi tadi telah mengorbankan sembilan anggota pasukan keselamatan itu.

Sumber: Facebook Lishalinee Pinkygirls, Kosmo! (Asliza Musa)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

“Arwah adalah anak harapan keluarga untuk menjadi seorang guru kerana menjadi satu-satunya anak yang menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan..” Itu luahan daripada abang kepada...

Nasional

Syarikat bas Kenari Utara mendedahkan keadaan bas yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding awal pagi tadi sehingga mengorbakan 15 penumpang...

Sosial

Nahas kemalangan melibatkan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengakibatkan satu kehilangan besar setelah salah seorang daripada 15 mangsa yang terkorban merupakan hafizah...

Sukan

Meskipun keadaan kesihatan kurang memuaskan, atlet muay thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib membuktikan jiwa juangnya di pentas dunia apabila melakar kemenangan keempat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd