Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) halang semua aktiviti melibatkan Mawla Amin atau nama sebenarnya, Mawla Mohamed Amin al-Hassani.
Memetik laporan dari Harian Metro, Pengarah Jais, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad memaklumkan yang hasil pemantauan dari pihaknya, terdapat sebuah madrasah di negeri ini disyaki sebagai hos kepada individu terbabit sepanjang berada di Selangor tahun lalu.
Jais tak akan kompromi dengan individu2 yang datangkan keraguan
Menurutnya, tidak ada sebarang fakta jelas, keterangan pihak atau susur galur yang boleh menyokong dan membuktikan dakwaan bahawa individu dengan nama Habib Maulana Muhammad Amin Al-Idrisi Al-Hasani adalah cicit Nabi Muhammad SAW.
“Sepanjang 2023, Jais menghalang penganjuran apa-apa bentuk aktiviti membabitkan individu terbabit di Selangor.
“Jais tidak berkompromi dengan mana-mana individu atau pihak terbabit secara langsung atau tidak langsung dengan perkara yang mendatangkan keraguan sehingga menjadi fitnah kepada Islam keseluruhannya.
“Kami menyeru semua umat Islam di Selangor lebih berhati-hati dan tidak terpengaruh dengan perkara meragukan seumpama ini,” katanya.
Artikel lain: Kerajaan Maghribi Keluar Kenyataan Kepada Kedutaan Malaysia Tentang Mawla Amin
Jais halang semua aktiviti, kerajaan Magribi dah beri kenyataan kepada kedutaan Malaysia
Baru-baru ini, tular di media sosial apabila satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Maghribi kepada Kedutaan Malaysia berkenaan individu berkenaan.
Mawla Amin sebelum ini pernah datang ke Malaysia serta Indonesia dan disambut dengan begitu meriah oleh beberapa pihak termasuklah golongan agamawan.
Ada dakwaan mengatakan bahawa dirinya merupakan keturunan Rasulullah sehingga disanjung sewaktu ketibaannya.
Namun, ada beberapa pihak seakan meragui tentang kesahihan dakwaan berkenaan kerana tiada sebarang bukti serta kejelasan tentang apa yang diperkatakan.
Sumber: Harian Metro (Ruwaidah Md Zain)