Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Suami Kantoi Curang, Wanita Tidak Mengaku Pukul ‘Anu’ Dengan Kayu Besbol

Seorang wanita mengaku tidak bersalah atas dakwaan memukul kemaluan suaminya dengan kayu besbol selepas lelaki itu kantoi menjalinkan hubungan sulit pada 11 November tahun lalu.

Memetik laporan Harian Metro, tertuduh Lim Siow Leng menafikan dakwaan terbabit selepas jurubahasa membacakan pertuduhan tersebut di hadapan Hakim Irwan Suainbon di Mahkamah Sesyen, Muar, hari ini.

Foto: Harian Metro

Suri rumah berusia 41 tahun itu dipercayai bertindak melakukan serangan yang membahayakan nyawa itu dengan menggunakan kayu besbol di sebuah kilang Jalan Kim Kee, Muar sekitar jam 9.20 pagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berdasarkan laporan polis, Siow bertindak memukul alat sulit pasangannya yang berusia 42 tahun itu sehingga berdarah setelah mendapat tahu tentang hubungan suaminya bersama seorang wanita warga asing.

Difahamkan, mangsa kemudiannya telah dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar untuk mendapatkan rawatan.

Siow yang tidak diwakili peguam itu telah ditahan pada 12 Mei dan boleh dihukum mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dimana memperuntukkan hukuman maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana daripada dua jika didapati bersalah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bukan itu sahaja, Siow juga boleh didakwa di bawah Seksyen 326A iaitu hukuman penjara bagi satu tempoh dua kali ganda tempoh maksimum pemenjaraan untuk kesalahan menurut seksyen berkaitan.

Walau bagaimanapun, mahkamah telah menetapkan tarikh 20 Mei untuk perbicaraan semula sekali gus membenarkan Siow diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Dalam pada itu, ibu kepada empat anak ini mengaku tidak bersalah atas satu lagi pertuduhan mengikut Seksyen 427 iaitu memecahkan cermin kereta suaminya menggunakan alat yang sama namun dia telah diikat jamin RM2,800 dengan seorang penjamin di Mahkamah Majistret, hari ini.

Sumber: Harian Metro (Alias Abd Rani)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh Nadhirah Suhaimi

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular satu rakaman  kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang pengawal keselamatan atau guard ditampar seorang pemandu lelaki yang dipercayai berang di sebuah pondok keselamatan....

Sosial

Seorang pemuda India belanja anak yatim baju raya bagi mengembirakan mereka kerana pernah merasai hal sama hidup tanpa kehadiran bapa tersayang sewaktu kecil. TikToker...

Sosial

Video seorang pak cik lempar petai atas jalan tular di media sosial apabila dipercayai kecewa selepas tidak dibenarkan berniaga di lokasi tersebut oleh penguat...

Sosial

Ustaz Firdaus Firabib yang tidak asing lagi di Kedah telah menerima usul daripada Kariah Masjid Al-Busyra di Merbok apabila meminta agar elaun imam dipotong....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd