Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Tiada Perbincangan UiTM Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – Zambry

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan bahawa tiada sebarang perbincangan mengenai pembukaan kemasukan pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) kepada bukan Bumiputera.

Menerusi satu kenyataan, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, beliau memaklumkan sekali lagi dengan tegas bahawa isu ini tidak dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat di peringkat KPT mahupun peringkat Kabinet.

Foto: Business Today

“Seperti kenyataan saya pada 2 Mei yang lalu, KPT sememangnya tidak pernah membincang atau membenarkan UiTM dibuka kepada pelajar bukan Bumiputera sepertimana yang telah dimainkan pada hari ini,” katanya pada Rabu.

Beliau berkata, isu tersebut sengaja dijadikan polemik dan dimainkan oleh pihak tertentu yang cuba untuk mengganggu gugat polisi serta objektif asal penubuhan UiTM sekali gus menimbulkan kecelaruan dan perbalahan pelbagai pihak.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“KPT berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 – UiTM ditubuhkan menurut dan mengikut peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan,” ujar beliau.

Foto: Media Sosial

Terdahulu, Anggota Lembaga Program Parallel Pathway UiTM-IJN Raja Amin Raja Mokhtar mendedahkan bahawa universiti tersebut telah bersetuju untuk membuka program berkenaan secara sementara kepada graduan bukan bumiputera pada 25 April lalu.

Bagaimanapun, Zambry berkata bahawa tiada perbincangan antara kementerian dan institusi pengajian tinggi awam tersebut kerana tidak menerima sebarang permohonan daripada UiTM untuk membuka program parallel pathway kepada bukan bumiputera.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd