Ada di antara rakyat Malaysia kerja di Brunei Dan Singapura dipercayai terima gaji cecah RM64,000 sebulan dan boleh dikategorikan sebagai mewah.
Statistik rakyat Malaysia bekerja di luar negara
Perkara tersebut dibuktikan menerusi laporan yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berhubung rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara pada tahun 2022 hingga 2023.
https://www.facebook.com/StatsMalaysia/posts/pfbid02B6TTc1TYsUAQwsg59jMV6pFN6nfGiPmx7JQoPfCLZ88vnskffhsPmcWwYmp4fBwSl?locale=ms_MY
Tukaran matawang besar
Memetik laporan dari Kosmo! Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin memaklumkan kira-kira 66.7 peratus tenaga kerja Malaysia yang bekerja di Singapura menerima gaji kasar di antara SGD1,500 (RM5,330) hingga SGD3,599 (RM12,780) sebulan dan 18.5 peratus menerima gaji di antara SGD3,600 (RM12,800) hingga SGD9,999 (RM35,530).
Katanya, bagi mereka yang bekerja di Brunei pula, 41.3 peratus menerima gaji kasar bulanan di antara BND1,000 (RM3,550) hingga BND3,000 (RM10,660) dan 43.5 peratus lagi menerima pendapatan sekitar BND3,001 (RM10,670) hingga BND10,000 (RM35,550).
Beliau juga mengatakan ada di antara mereka turut memperoleh pendapatan RM35,000 sebulan.
“Jumlah gaji kasar bulanan tertinggi yang direkodkan di Singapura adalah SGD18,000 (RM64,000) dan BND15,000 (RM53,300) di Brunei.
“Analisis juga mendapati bahawa lebih daripada separuh rakyat Malaysia yang bekerja dengan kelulusan SPM atau setara bekerja sebagai pekerja mahir dan separa mahir di kedua-dua negara ini.
“Bagi pekerja yang mempunyai kelulusan sarjana muda dan bekerja sebagai pekerja mahir di kedua-dua negara ini, majoritinya berumur 25 tahun hingga 34 tahun,” katanya.
Artikel lain: Dua Minggu Akhir 2023, Rakyat Malaysia Belanja 2 Bilion Baht Di Hatyai
Tak hanya itu, Uzir juga menambah bahawa ada juga rakyat Malaysia yang memilih untuk terus berkhidmat di negara-negara terbabit.
“Selain itu juga didapati kecenderungan rakyat Malaysia yang bekerja di Brunei Darussalam untuk berhijrah lebih tinggi berbanding dengan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura.
“Antara faktor utama kenapa rakyat Malaysia memilih untuk bekerja di Singapura atau di Brunei Darussalam adalah peluang pekerjaan dan persekitaran kerja yang baik, gaji yang lebih lumayan serta kadar pertukaran mata wang Singapura dan Brunei Darussalam yang tinggi,” jelasnya.
Difahamkan, tukaran matawang Malaysia dan Singapura ketika ini agak tinggi iaitu SGD1 bersamaan dengan RM3.57 begitu juga dengan BDN.
Sumber: Facebook Department of Statistics, Kosmo!