Penyanyi terkenal antarabangsa, Selena Gomez akhirnya bersuara mengenai konflik yang berlaku antara Palestin dan Israel.
Selena Gomez berehat dari media sosial
Menerusi kenyataan dimuat naik di platform Instagram, penyanyi berusia 31 tahun itu mendedahkan dirinya ‘berehat’ daripada media sosial.
Ia berikutan hatinya terkesan dengan segala paparan ngeri yang tidak henti berlegar di media sosial terutama mengenai keganasan.
“Saya telah berehat dari media sosial kerana hati saya hanvur melihat semua paparan ngeri, kebencian, keganasan yang berlaku di dunia.
“Orang yang diseksa dan dibunuh atau dilakukan sebarang tindakan kebencian terhadap mana-mana kumpulan adalah menggerikan,”tulisnya.
Semua orang perlu dilindungi
Pelatun lagu Single Soon juga berharap agar keganasan yang berlaku ini dapat dihentikan dan perlu melindungi semua pihak terutama kanak-kanak.
“Kita perlu melindungi SEMUA orang, terutamanya kanak-kanak dan menghentikan keganasan untuk kebaikan.
“Saya minta maaf jika kata-kata saya tidak akan cukup untuk semua orang atau hashtag. Saya cuma tidak tahan dengan orang yang tidak bersalah tercedera. Itu yang membuatkan saya sakit,”tulis Selena menerusi Insta Story.
Selebriti berusia 31 tahun itu juga berharap agar dirinya mempunyai keupayaan untuk mengubah dunia dengan hanya satu hantaran di media sosial.
Sebelum ini, penyanyi kelahiran Texas, Amerika Syarikat ini memuat naik hantaran menyokong Gaza seperti mana dilakukannya, namun kini tiada lagi ini/
Artikel lain: Sukar Hamil Sebab Ubat Bipolar, Selena Gomez Tak Putus Asa -“Pasti Ada Kaedah Lain”
Tindakan yang dilakukannya itu telah mengundang kecaman ramai di mana ramai meluahkan rasa kecewa.
Sumber: Instagram @selenagomez