Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) sentiasa komited dalam membantu para pelanggan dalam singkatkan tempoh menunggu tempahan berbanding dua hingga lapan bulan untuk model tertentu.
Menurut laporan Berita Harian, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad memaklumkan pihaknya akan menguruskan tempoh menunggu kepada lebih singkat bermula Januari 2024.
Singkatkan tempoh menunggu tempahan
Artikel lain: Myvi, Axia Dan Saga Jadi Pilihan Dalam Tempoh Dua Tahun Ini
“Kami terus komited untuk mengurangkan tempoh menunggu pelanggan kami. Kami yakin bermula Januari 2024 dan berikutnya, tempoh menunggu akan dapat diuruskan dengan lebih baik,” katanya.
Dalam pada itu, jualan kenderaan Perodua meningkat kepada 29.3 peratus untuk suku ketiga tahun ini kepada 88,537 unit berbanding 69,011 unit yang direkodkan dalam suku yang sama tahun lalu.
Kecekapan operasi yang lebih baik di bahagian pengeluaran menjadi faktor kepada peningkatan jualan tersebut dengan menyaksikan 91,528 unit kenderaan dikeluarkan, meningkat sebanyak 21.7 peratus berbanding 75,196 unit pada suku sama tahun lalu.
“Suku ketiga 2023 menjadi titik mula bagi PERODUA untuk meningkatkan pengeluaran bulanan melebihi 30,000 unit setiap bulan memandangkan kapasiti bekalan bahan mentah dan alat ganti yang mencukupi bagi memenuhi permintaan,” katanya.
Tambahnya lagi, 245,341 unit kenderaan sehingga September lalu atau peningkatan sebanyak 18.6 peratus daripada 206,837 unit dalam tempoh yang sama tahun lalu bagi pengeluaran tahun ini.
Sumber: Berita Harian (Mohd Zaky Zainuddin)