Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Myvi, Axia Dan Saga Jadi Pilihan Dalam Tempoh Dua Tahun Ini

Pembelian kenderaan dalam tempoh dua tahun ini kebanyakannya adalah pembelian model yang berharga lebih murah seperti Perodua Myvi dan Axia, serta Proton Saga.

Penganalisis RHB Research, Syahril Hanafiah berkata ia menyumbang kepada peningkatan tahunan sebanyak 7.6 peratus pinjaman kasar bagi tujuan pembelian kenderaan pada 2022 dan 6.3 peratus dari Januari hingga Ogos tahun ini, lapor Berita Harian.

Myvi, Axia dan Saga jadi pilihan

Myvi Axia dan Saga

“Meskipun kenderaan berharga lebih murah mungkin terus mendorong jumlah keseluruhan industri (TIV) dalam keadaan kadar faedah tinggi, kami jangka TIV akan mereda ke paras normal pada 2024.
“Paras tersebut mungkin berada dalam lingkungan 600,00 hingga 650,00 unit,” tulisnya dalam satu nota penyelidikan.

Tambahnya, TIV bagi Januari hingga Ogos 2023 telah mencecah 502,000 unit, meningkat 11.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu selepas menambah 72,000 unit lagi pada Ogos.

Myvi Axia dan Saga

“Kemungkinan TIV untuk mencapai anggaran 2023 kami sebanyak 725,00 unit tidak mustahil kerana secara konservatif kami mengandaikan 56,000 unit terjual setiap bulan daripada September hingga Disember.
“Jumlah ini lebih rendah berbanding purata TIV bulanan 12 bulan lalu iaitu 64,000 unit.
“Walaupun mengakui adanya risiko positif terhadap andaian ini, terutamanya jika empat bulan selebihnya mencatat jualan kenderaan lebih tinggi daripada jangkaan, kami yakin pasaran telah pun mengambil kira potensi tahun yang memecah rekod pada tahun 2023 daam harga,” katanya.

Artikel berkaitan: Bekas Menteri Pengangkutan Dakwa Axia E Abai Ciri Keselamatan, Tiada ABS & ESC

Beliau berkata, meskipun prestasi jualan setakat tahun ini adalah kukuh, dimaklumkan bahawa tunggakan pesanan bagi jenama-jenama utama seperti Toyota dan Perodua sudah mula mereda.

Katanya, tunggakan pesanan Perodua setakat Februari, Mei dan Ogos mencecah 220,000, 190,000, dan 155,000, manakala Toyota pula sebanyak 50,000, 52,000, dan 40,000.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tunggakan yang semakin berkurang ini menyokong hujah kami bahawa TIV pada 2024 mungkin menurun berbanding setahun lalu, terutamanya selepas mencatat dua tahun yang kukuh pada 2022 dan 2023.

Myvi Axia dan Saga

“Biarpun terdapat pelancaran kenderaan eletrik (EV) baharu akan datang pada akhir 2023 dan 2024 seperti BYD Seal, BMW i5 Full Electric, serta Toyota bZ4X, kami tidak menjangka perkara ini akan memberi kesan ketara terhadap TIV pada 2024,” ujarnya.

Beliau berkata, RHB Research mengekalkan saranana ‘neutral’ terhadap saham-saham syarikat berkaitan automotif.

“Kami tetap berjaga-jaga ekoran jualan kereta yang melemah pada 2024, disebabkan oleh ketidaktentuan yang wujud dan kekurangan pemangkin,” katanya lagi.

Sumber: Berita Harian

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemain sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi menegaskan komitmennya untuk terus bersama kelab Harimau Selatan bagi tempoh yang panjang. Menurut laporan Kosmo!...

Politik

Timbalan Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan telah mengkritik kenyataan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengenai kemungkinan berlakunya Pilihan Raya...

Dunia

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dilaporkan mengumumkan larangan penyertaan kanak-kanak sebagai jemaah semasa musim haji 2025. Dilarang sertai musim haji 2025 Foto: Azernews...

Lokal

Punca seorang lelaki menembak tukang cuci di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam malam tadi mungkin disebabkan tidak puas hati ditegur supaya mengalihkan barang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd