Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Debat Perpaduan Piala Menteri Perpaduan Negara Asah Pemikiran Mahasiswa

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang telah merasmikan Pertandingan Debat Perpaduan Piala Menteri Perpaduan Negara Tahun 2023 di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya hari ini.

Program tersebut bertujuan bagi mengasah dan membentuk pemikiran mahasiswa secara holistik dari aspek pemahaman dan penerimaan terhadap kepelbagaian agama, budaya dan adat resam masyarakat Malaysia.

“Selain itu, pelaksanaan program ini juga dapat membudayakan ilmu dan Bahasa Malaysia sebagai bahasa perpaduan melalui wahana pendebatan.
“Matlamat lain program ini adalah untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan mahasiswa IPT melalui pertukaran idea dalam perdebatan yang sihat berdasarkan Prinsip Rukun Negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Foto: Utusan TV

Pertandingan berkonsepkan debat ala Parlimen menyasarkan penglibatan ahli pasukan yang terdiri daripada ahli Seketariat Rukun Negara (SRN) pelbagai kaum.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada masa sama, Aaron telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM3,000 kepada semua SRN bagi tahun 2024 bagi pelaksanaan Eksplorasi Rukun Negara di IPT.

“Inisiatif tersebut diharapkan dapat dijayakan seterusnya menyokong kepada agenda pengukuhan perpaduan negara dalam kalangan mahasiswa,” ujarnya.

Sementara itu, beliau berharap agar program ini dapat dijadikan sebagai tapak mengukuhkan penyatupaduan mahasiswa berbilang bangsa seiring dengan konsep ‘Perpaduan Dalam Kepelbagaian’.

Foto: Kementerian Perpaduan Negara 

Malah, beliau turut menyeru agar mahasiswa memainkan peranan penting dalam sebagai ejen penyatuan dan penyebar perpaduan negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Debat perpaduan ini dianjurkan oleh Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)  dengan kerjasama beberapa rakan strategik.

Antara pihak yang bekerjasama menjayakan pertandingan ini ialah  Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Seketariat Rukun Negara Universiti Malaya (SRN UM), Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM), dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Pertandingan ini bermula dalam talian pada 22 September hingga 24 September 2023 dan diteruskan secara fizikal pada 26 September 2023.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Iffa Sabrina
Ditulis oleh Iffa Sabrina

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pendaki Malaysia meninggal dunia selepas  terjatuh ke dalam jurang sedalam lebih 100 meter ketika menuruni laluan mencabar di Gunung Rinjani, semalam. Insiden menyayat...

Sosial

Seorang rider wanita tahan sabar apabila diamuk tuan rumah hanya disebabkan tindakannya membunyikan hon kerana pembeli enggan keluar mengambil pesanan yang dihantar. Rider wanita...

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Nasional

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini melawat Kem Kabota, Sabah bagi meninjau pelaksanaan inisiatif MADANI yang menfokuskan kepada kesejahteraan warga ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd