Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

JPPKK Terima Peruntukan RM13 juta Bagi Pelaksanaan TVET Digital

Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah menerima peruntukan khas sebanyak RM13 juta bagi pelaksanaan sistem pembelajaran digital.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan perkara itu di Majlis Perasmian Penutup Minggu TVET Digital 2023 di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSAS), Shah Alam pada Isnin.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan tahniah kepada JPPKK kerana telah berjaya mendapat peruntukan khas dari pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) untuk Projek Government Hybrid Cloud bagi pelaksanaan sistem pembelajaran digital atau CIDOS 4.0.
“Ini merupakan satu kejayaan yang sudah pastinya dihargai dan dibanggakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)” katanya.

https://www.facebook.com/MohamedKhaledNordin/posts/pfbid0TCsrcostVVSrM18kDVsQdLisgcL3yzwbg7KCq6iq5t2J6TH5dbTtJog5bHzeZBKsl

Beliau berkata, transformasi ini penting untuk menjadikan pendidikan tinggi kekal relevan di samping dapat meningkatkan kebolehpasaran selain daya saing graduan lepasan politeknik dan kolej komuniti.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bukan itu sahaja, Mohamed Khaled percaya bahawa proses peralihan ini dapat menarik minat lebih anak muda untuk menyambung pengajian ke peringkat tinggi terutamanya dalam bidang teknikal.

“Ia harus menjadi tanggungjawab kita semua yang berada dalam sektor pendidikan tinggi untuk mencari strategi dan mencipta tarikan baharu agar lebih ramai pelajar dan anak muda di luar sana berminat untuk mengikut pengajian tinggi khususnya di politeknik.
“Jadi, inisiatif TVET Digital ini sangat penting. Kita mengharapkan agar pelaksanaannya akan memberi satu sentuhan serta lonjakan baharu kepada pengajian politeknik,” ujarnya.

Untuk makluman, TVET Digital merupakan inisiatif oleh JPPKK melalui Bahagian Instruksional dan Pembelajaran Digital (BIPD) sebagai suatu usaha bagi memantapkan lagi pendigitalan pendidikan dan teknologi baharu dalam pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di politeknik dan kolej komuniti (POLYCC).

Iffa Sabrina
Ditulis oleh Iffa Sabrina

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pendaki Malaysia meninggal dunia selepas  terjatuh ke dalam jurang sedalam lebih 100 meter ketika menuruni laluan mencabar di Gunung Rinjani, semalam. Insiden menyayat...

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Nasional

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini melawat Kem Kabota, Sabah bagi meninjau pelaksanaan inisiatif MADANI yang menfokuskan kepada kesejahteraan warga ATM...

Spotlight

Pelakon sensasi Indonesia, Jefri Nichol masih teruna dan akui hilang tawaran kerja melibatkan kerjasama dengan beberapa jenama terkenal susulan dakwaan meniduri lebih 20 wanita....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd