Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

YWM Jalin Kerjasama Dengan EQ8, Terbit Waqf Traded Fund Pertama Di Dunia

Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) menyatakan hasrat untuk menjalinkan kerjasama dengan  EQ8 Capital Sdn Bhd bagi menerbitkan Exchange Traded Fund berciri wakaf (Waqf ETF) yang pertama di dunia.

Menerusi kerjasama ini, YWM dinamakan sebagai institusi wakaf akan berperanan sebagai Pengurus Wakaf kepada dana Waqf ETF.

YWM terbit Waqf Traded Fund hasil kerjasama dengan EQ8

Waqf Traded Fund

Sebagai Pengurus Wakaf, setiap dana wakaf yang diterima oleh YWM akan diagihkan dalam pelbagai sektor seperti kesihatan, pendidikan, sekuriti makanan dan lain-lain bagi membolehkan manfaatnya dinikmati masyarakat secara holistik.

Sementara itu, Waqf ETF adalah produk pelaburan Dana Unit Amanah Islamik dengan elemen wakaf, di mana 50% daripada pendapatan yang dijana akan disumbangkan oleh pelabur sebagai wakaf dan baki 50 peratus lagi akan disalurkan kepada pelabur sebagai keuntungan pelaburan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Waqf ETF yang dijangkakan akan disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun ini secara langsung akan memudahkan bakal pelabur untuk membuat pelaburan dalam produk ini.

Bagaimanapun, ia berbeza dengan dua produk yang telah dilancarkan YWM sebelum ini yang mana bakal pelabur hanya boleh membuat pelaburan menerusi pengedar dana yang disahkan Pengurus Dana Kenanga Investors Berhad sahaja.

Artikel lain: YWM, Hong Leong Lancarkan Takaful Ajwad, Sumbang Pertumbuhan Dana Wakaf Tunai

Terdahulu, YWM telah menjalin kerjasama dengan Kenanga Investors Berhad dan telah mewujudkan dua produk pelaburan Dana Unit Amanah Islamik dengan elemen wakaf.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagi produk ini, sebahagian daripada pendapatan yang dijana daripada pelaburan tersebut akan disumbangkan oleh pelabur sebagai waqaf ke Kenanga Waqf Al Ihsan Fund (dilancarkan pada 2021) dan Kenanga Sustainability Series: Emergency Musa’adah fund pada 2022.

Pewujudan produk seumpana ini adalah lanjutan daripada pelancaran Waqf Featured Fund Framework oleh Suruhanjaya Sekuriti pada bulan November 2022.

Selain itu, ia juga merupakan lanjutan Garis Panduan Produl dan Perkhidmatan Pasaran Modal Islam mengenai Wakaf yang terkini, termasuk dana tersenarai seperti Amanah Pelaburan Hartanah dan dana ETF.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan kononnya beliau ‘mencium pipi’ isteri Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr. iaitu Louise Araneta-Marcos ketika menghadiri satu...

Sosial

Seorang wanita menjadi sebutan di media sosial selepas satu hantaran di Facebook miliknya mencetuskan perhatian ramai. Dalam perkongsian tersebut, wanita berkenaan dilihat menyiarkan semula...

Sosial

Kegembiraan seorang pensyarah kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang baru diraikan atas pencapaiannya menerima Anugerah Mualaf 2025 bertukar pilu apabila beliau meninggal dunia hanya...

Lokal

Polis tidak menolak kemungkinan insiden seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera dikelar di leher di Batu Pahat, baru-baru ini mempunyai kaitan dengan pengaruh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd