Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Tular Video Lelaki Terjerit-Jerit Di Tempat Kerja Isteri, Paksa Balik Rumah Jaga Anak

Video seorang lelaki dipercayai suami yang terjerit-jerit di hadapan sebuah restoran makanan segera, tempat isterinya bekerja tular di media sosial sehingga mengundang kecaman netizen.

Isteri tengah kerja suami buat perangai

Menerusi video yang dikongsi seorang pengguna Thread, lelaki terbabit dilihat membawa seorang kanak-kanak dipercayai anak mereka dengan motosikal dan memaksa isterinya yang sedang bekerja untuk balik.

Dapat didengar yang wanita itu meminta belas ihsan untuk menjaga anak mereka memandangkan dia sedang bekerja dan tidak dapat untuk mengurus anak.

Namun, permintaan wanita terbabit tidak diendah dan lelaki itu terus memarahi dengan menjerit-jerit meminta isterinya untuk pulang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Paksa-paksa balik pula

Tak lama kemudian, wanita itu akhirnya membawa anak mereka ke dalam tempat kerja sebelum kembali semula ke arah motosikal suaminya sebelum berlalu pergi.

Tunjuk hebat depan isteri boleh laa

Perkongsian tersebut nyata menuai pelbagai kecaman daripada netizen termasuk menggesa pihak restoran makanan segera itu mengambil tindakan bagi membantu pekerja wanita terbabit.

Rata-rata meninggalkan komen menyatakan bahawa lelaki berkenaan tidak layak bergelar seorang suami dan juga bapa memandangkan layanan yang cukup kasar terhadap isteri serta anak.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Akak ni baik la dengan pelanggan!

Kalau tak sedia nak kahwin jangan menggatal

Walau bagaimanapun, setakat ini belum ada sebarang penjelasan lebih terperinci mengenai perkongsian video itu.

Sumber: Thread sososobrino_

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd