Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bukan Bantuan Berterusan! Etnik Rohingya Mahu Akses Pekerjaan & Pendidikan Sah – Aktivis

Pelarian Rohingya di Malaysia perlu diberikan akses pekerjaan dan pendidikan secara sah menerusi sistem lebih tersusun bagi mengurangkan kebergantungan kepada bantuan serta mengelakkan mereka terjebak dalam aktiviti tidak berfaedah.

Aktivis Rohingya, Siras Bodiuzamal berkata, pendekatan itu wajar dilaksanakan secara terkawal dengan melibatkan pendaftaran jelas, semakan latar belakang serta peluang pekerjaan dalam sektor tertentu.

Katanya, dasar terlalu ketat tanpa saluran sah boleh menyebabkan pelarian terus terpinggir dan terdedah kepada eksploitasi.

“Kalau mereka terus dinafikan akses pekerjaan yang sah, risiko eksploitasi, pemerdagangan manusia dan penglibatan dalam ekonomi gelap akan lebih tinggi.
“Pendidikan asas kepada kanak-kanak pelarian juga penting bagi mengelakkan masalah sosial yang lebih besar pada masa hadapan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau turut berkata, kebimbangan rakyat Malaysia terhadap isu peluang pekerjaan, perumahan, kemudahan awam dan integrasi sosial perlu ditangani melalui dasar seimbang serta penguatkuasaan undang-undang yang adil.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“ASEAN perlu berperanan lebih aktif dalam menyalurkan bantuan kemanusiaan, memperkukuh rundingan dengan Myanmar dan mewujudkan mekanisme perkongsian beban antara negara anggota.

 

“Majoriti Rohingya mahu pulang ke tanah air sendiri jika keselamatan terjamin, hak kewarganegaraan diiktiraf dan mempunyai peluang untuk membina semula kehidupan di sana,” katanya lagi.

Sumber: Utusan Online (Muhammad Akmal Zuhdi)

Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd