Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

PTPTN, UDA Jayakan Program SAKURA, RM240,000 manfaat 1,200 pelajar asnaf IPT

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bersama UDA Holdings Berhad terus memperkukuh kerjasama strategik menerusi pelaksanaan Program Sinar Kasih UDA Cares – PTPTN (SAKURA) bagi membantu pelajar asnaf di institusi pendidikan tinggi (IPT) seluruh negara.

Program berbentuk tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu merupakan kesinambungan kolaborasi kedua-dua organisasi sejak tahun 2024 dalam usaha memperkasa agenda pendidikan tinggi negara selain membudayakan amalan menabung dan perancangan kewangan pendidikan dalam kalangan masyarakat.

Menurut Pengerusi PTPTN, Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim, inisiatif berkenaan diharap mampu membantu meringankan beban kewangan pelajar selain memberi suntikan semangat untuk mereka terus fokus terhadap pengajian.

“Besar harapan saya agar sumbangan ini dapat meringankan beban pelajar serta meningkatkan motivasi mereka untuk terus memberi tumpuan kepada pembelajaran.
“Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada UDA Holdings Berhad atas sumbangan dan keprihatinan yang diberikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan sumbangan yang berlangsung di Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin, Universiti Sains Malaysia (USM) pada Isnin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Norliza (lima dari kanan) bergambar bersama penerima sumbangan Program SAKURA.

Sementara itu, Norliza berkata, program tersebut turut mencerminkan sinergi kukuh antara PTPTN dan UDA Holdings Berhad dalam memperkasa agenda pendidikan tinggi negara serta memperluas budaya prihatin dan menabung dalam kalangan masyarakat.

Tambah beliau, PTPTN sentiasa mengalu-alukan kerjasama strategik daripada pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan dan swasta demi manfaat pendidikan generasi masa depan.

“Saya menyeru sokongan dan kerjasama semua agensi kerajaan dan swasta untuk bersama-sama membudayakan amalan menabung di negara ini.
“Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang bentuk kolaborasi strategik demi manfaat pendidikan dan pembentukan generasi MADANI,” ujarnya.

Sebahagian daripada penerima sumbangan Program SAKURA USM bergambar bersama tetamu yang hadir.

Menerusi program berkenaan, UDA Holdings Berhad menyalurkan sumbangan wakalah zakat berjumlah RM240,000 yang akan memanfaatkan seramai 1,200 pelajar asnaf daripada universiti awam, politeknik dan kolej komuniti terpilih di seluruh negara.

Sumbangan tersebut disalurkan terus ke dalam akaun Simpan SSPN Prime dengan setiap penerima memperoleh RM200 seorang.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif UDA Holdings Berhad, Datuk Seri Ahmad Fuaad Kenali berkata, Program SAKURA diharap dapat menyokong pembangunan insan yang lebih seimbang serta melahirkan generasi masa depan yang lebih berdaya saing.

Menurut beliau, bantuan menerusi platform pendidikan dan simpanan seperti Simpan SSPN bukan sahaja membantu pelajar dari aspek kewangan, malah memberi galakan kepada mereka untuk merancang masa depan pendidikan dengan lebih baik.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Program SAKURA ini diharap dapat menyokong pembangunan insan yang lebih seimbang serta menyumbang kepada pembentukan generasi masa depan yang berdaya saing dan berdaya tahan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, PTPTN memaklumkan Simpan SSPN terus menjadi instrumen simpanan pendidikan yang menawarkan pelbagai manfaat termasuk pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful percuma, geran sepadan sehingga RM10,000, kadar dividen kompetitif serta jaminan kerajaan dan patuh syariah.

Sempena Belanjawan 2025, kerajaan turut memperluaskan kriteria Geran Sepadan bagi akaun Simpan SSPN Prime melalui Inisiatif Geran Padanan Ihsan (GAPAI) kepada keluarga berpendapatan antara RM4,000 hingga RM6,000 bagi tempoh dua tahun.

Menerusi inisiatif itu, pendeposit yang layak boleh memohon geran sepadan sehingga RM5,000 bagi satu keluarga.

PTPTN berkata, sebagai agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), pihaknya akan terus komited melaksanakan pelbagai kerjasama strategik dan inisiatif inklusif bagi memastikan akses pendidikan tinggi dapat dinikmati secara menyeluruh khususnya melibatkan golongan asnaf dan B40.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), KPT, Dr. Shamsuri Abdullah; Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid; Ketua Pegawai Kewangan UDA Holdings Berhad, Farizal Zainudin; Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (HEPA) USM, Profesor Dr. Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya serta Pengarah Negeri Pejabat PTPTN Pulau Pinang, Muhammad Muhsin Abdul Rahman.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd