Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Warga Myanmar Pelarian Tertinggi Di Malaysia, Etnik Rohingya 193,824 Orang

Seramai 215,600 pelarian dan pencari suaka direkodkan berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Malaysia setakat Februari lalu, lapor Harian Metro.

Berdasarkan data yang dipaparkan di laman web UNHCR, majoriti daripada jumlah itu terdiri daripada warga Myanmar yang melarikan diri akibat konflik dan penganiayaan di negara asal mereka.

Kumpulan terbesar ialah etnik Rohingya dengan 193,824 individu, diikuti etnik Chin seramai 15,774 orang, manakala 33,002 lagi berasal daripada kumpulan etnik lain di Myanmar.

Foto arkib: AFP

Selain Myanmar, Malaysia turut menjadi tempat perlindungan kepada 21,776 pelarian dan pencari suaka dari lebih 50 negara yang berdepan peperangan serta penindasan.

Antara negara yang mencatatkan jumlah tertinggi ialah Pakistan dengan 5,760 orang, diikuti Yaman (3,193), Somalia (2,945), Afghanistan (2,931), Syria (2,471), Sri Lanka (1,043), Palestin (514) dan Iraq (420).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dari segi demografi, 46 peratus daripada keseluruhan pelarian dan pencari suaka yang berdaftar ialah lelaki, manakala wanita merangkumi 24 peratus.

Pada masa sama, UNHCR Malaysia memaklumkan terdapat kira-kira 64,680 kanak-kanak berusia bawah 18 tahun dalam kelompok berkenaan.

Menurut UNHCR Malaysia, negara ini sedang memperkukuh pengurusan perpindahan terpaksa menerusi pelaksanaan Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP), sebuah sistem pendaftaran yang dikendalikan kerajaan dan mula diperkenalkan pada Januari lalu.

Foto arkib: UNHCR

Agensi itu menyifatkan inisiatif berkenaan sebagai satu perkembangan penting ke arah mewujudkan mekanisme perlindungan yang lebih tersusun, mampan dan diterajui negara bagi individu yang terpaksa meninggalkan tanah air mereka.

UNHCR menjelaskan bahawa proses membangunkan prosedur suaka yang adil dan mudah diakses sedang dijalankan oleh kerajaan Malaysia, manakala agensi itu terus membantu dalam aspek pengenalpastian serta pendaftaran pelarian dan pemohon suaka dengan kerjasama pihak berkuasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Bersama rakan kongsi dan masyarakat sivil di Malaysia, UNHCR mengenal pasti individu yang terpaksa melarikan diri daripada penganiayaan dan konflik serta menilai bagaimana keperluan dan kesusahan mereka dapat ditangani.
“Pendaftaran dan pendokumentasian yang teratur bagi semua individu yang mencari perlindungan di Malaysia adalah penting untuk membolehkan akses kepada perkhidmatan asas seperti penjagaan kesihatan.
Pendaftaran dan pendokumentasian juga membantu pihak berkuasa memahami profil dan keperluan pelarian,” katanya.

Dalam pada itu, UNHCR turut menegaskan komitmennya untuk terus bekerjasama dengan kerajaan dalam usaha membangunkan sistem suaka kebangsaan yang lebih menyeluruh.

“Selari inisiatif Program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP), UNHCR kekal komited untuk menyokong pelaksanaannya melalui nasihat teknikal, perkongsian kapasiti dan kerjasama, berasaskan piawaian antarabangsa dan amalan perbandingan dari negara lain.
“Seiring dengan peningkatan pemindahan paksa di peringkat global, kerjasama antara kerajaan Malaysia, agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), masyarakat sivil dan rakan antarabangsa kekal penting bagi memastikan mereka yang melarikan diri daripada penganiayaan dan konflik terus dilindungi, di samping memajukan penyelesaian yang praktikal dan mampan,” ujarnya.

Sumber: Harian Metro (Latifah Arifin)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh media sosial terkenal, Alieff Irfan bersama rakan-rakannya dari AI Team dikecam selepas didakwa membuat lawak parodi yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW. Kontroversi...

Sukan

Pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah menyifatkan Muhammad Hakim Danish Ramli sebagai antara prospek terbaik sukan permotoran negara ketika ini kerana memiliki kemampuan untuk bersaing...

Nasional

Warganegara Malaysia bakal menikmati pasport dengan tempoh sah laku sehingga 10 tahun pada kadar bayaran RM350 yang dijangka dilaksanakan tahun ini. Ketua Pengarah Imigresen,...

Dunia

Pemerintah Brunei mengumumkan rombakan Kabinet secara besar-besaran dengan mewujudkan portfolio utama baharu serta melantik dua puteranya sebagai menteri, lapor portal berita Al-Monitor. Rombakan tersebut...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd