Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

YWM, Hong Leong Lancarkan Takaful Ajwad, Sumbang Pertumbuhan Dana Wakaf Tunai

Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) bersama Hong Leong MSIG Takaful Berhad (HLM Takaful) melancarkan Produk Wakaf Takaful Ajwad hari ini.

Produk ini bakal menyumbang kepada pertumbuhan dana wakaf tunai dan perlindungan takaful serta mengembangkan potensinya ke tahap yang lebih baik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Setia Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, produk Wakaf Takaful Ajwad merupakan inovasi produk gabungaan sinergi elemen wakaf dan takaful.

“Setiap pewakaf layak mendapat manfaat perlindungan sebanyak RM12,000 sekiranya berlaku sebarang kematian atau hilang upaya menyeluruh dan kekal.
“Selain itu, pewakaf juga menerima manfaat tambahan kematian akibat kemalangan sebanyak RM12,000 dan manfaat perbelanjaan pengebumian sebanyak RM1,000,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Mohd Na’im yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YWM berkata terdapat tiga pilihan pelan bagi produk ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pilihan yang pertama ialah Ajwad 1 yang mana kadar sumbangan bulanan sebanyak RM50 dimana RM30 adalah sumbangan wakaf dan RM20 adalah sumbangan takaful.

Pilihan kedua ialah Ajwad 2 iaitu sumbangan bulanan sebanyak RM100 di mana RM80 adalah sumbangan wakaf dan RM20 adalah sumbangan takaful.

Manakala, pilihan ketiga ialah Ajwad 3 yang mana sumbangan bulanan adalah sebanyak RM150 dimana RM130 adalah sumbangan wakaf dan RM20 adalah sumbangan takaful.

Sejumlah RM20 daripada nilai sumbangan yang dipilih akan disalurkan kepada HLM Takaful untuk tujuan perlindungan, manakala bakinya adalah sumbangan wakaf yang diuruskan YMW.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pembahagian itu bertepatan dengan tema produk ini iaitu “Wakaf Manfaat Berpanjangan, Takaful Perlindungan Berterusan”.

SementaraKetua Pegawai Eksekutif HLM Takaful, Mohd Asri Omar berkata kerjasama ini membolehkan HLM Takaful menyediakan fasiliti kepada penyumbang wakaf di YWM untuk mencarum dan mendapatkan perlindungan takaful mampu milik.

Kesemua dana wakaf yang diterima ini akan dikategorikan sebagai Wakaf Am YWM dan pengagihannya adalah berdasarkan kepada Tatacara Pengagihan Dana Wakaf YWM.

Bagi tujuan pengagihan, keutamaan akan diberikan kepada program atau projek yang di dalamnya melibatkan Majlis Agama Islam Negeri yang diputuskan oleh YWM.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Produk Wakaf Takaful Ajwad adalah satu inovasi terbaru dalam kaedah pewakafan yang terbuka kepada semua lapiran masyarakat tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa.

Bagi tujuan penyertaan, orang ramai boleh mendaftar menerusi portal rasmi YWM di www.ywm.gov.my.

Setiap sumbangan wakaf yang diterima menerusi pelan perlindungan ini layak mendapatkan potongan cukai di bawah Seksyen 44 (11C) Akta Cukai Pendapatan 1967 dan tertaluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dipenjara 18 tahun dalam pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain...

Spotlight

Pelakon Jennifer Coppen titip ucapan terima kasih kepada semua orang yang hadir ke acara menabur abu mayat suaminya, Yitta Dali Wasink di Pantai Lembeng,...

Nasional

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa semua pihak menghentikan penyebaran poster atau perkara tidak rasmi berkaitan atlet negara di media sosial yang akan...

Bisnes

Platform e-dagang terbesar di Asia Tenggara, Shopee Pte Ltd (Shopee) mengumumkan akan menyemak semula yuran transaksi untuk penjual daripada 2.0 peratus kepada 3.5 peratus...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd