Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dibanjiri Pelarian Rohingya? Kerajaan Terengganu Tegas Ikut Undang-Undang! Tak Ambil Tindakan Terburu-Buru

Kerajaan Negeri Terengganu menegaskan ia tidak akan mengambil tindakan terburu-buru dalam menangani isu kebanjiran etnik Rohingya di beberapa kawasan di negeri itu, sebaliknya akan menguruskan perkara berkenaan secara tertib, berfakta dan berlandaskan undang-undang sedia ada.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Datuk Wan Sukairi Wan Abdullah berkata pendekatan tersebut penting bagi memastikan keselamatan komuniti, ketenteraman awam serta keharmonian masyarakat terus terpelihara.

Bagaimanapun, beliau mengakui kerajaan negeri memahami kebimbangan rakyat terhadap kehadiran masyarakat berkenaan di beberapa kawasan di Terengganu.

“Isu yang melibatkan perkara warga asing merangkumi pelbagai aspek termasuk kemasukan, dokumen perjalanan, permit kerja, status individu serta tindakan terhadap pendatang tanpa izin yang berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan melalui agensi berautoriti,” katanya.

Jelas beliau, agensi seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Majlis Keselamatan Negara dan Polis Diraja Malaysia memainkan peranan utama dalam penguatkuasaan berkaitan isu warga asing.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam masa sama, beliau berkata peranan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) lebih tertumpu kepada aspek pematuhan setempat termasuk pelesenan perniagaan, syarat premis, kebersihan persekitaran serta isu kacau ganggu awam.

“Kerajaan negeri tidak akan mengambil tindakan secara terburu-buru atau berasaskan persepsi semata-mata,” katanya lagi.

Menurut beliau lagi, kerajaan negeri akan memperkukuh penyelarasan antara agensi bagi memastikan perkongsian maklumat, pemantauan serta tindakan bersepadu dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan di lapangan.

Artikel lain: Warga Myanmar Pelarian Tertinggi Di Malaysia, Etnik Rohingya 193,824 Orang

Beliau turut mengakui bahawa pelaksanaan penguatkuasaan berdepan cabaran seperti pengesahan dokumen, komunikasi, aspek keselamatan anggota serta had bidang kuasa antara agensi.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Perkara ini menuntut tindakan yang lebih tersusun, berhati-hati dan berkesan supaya sebarang tindakan tidak tersasar daripada peruntukan undang-undang,” tambahnya.

Sehubungan itu, kerajaan negeri menyeru orang ramai agar menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa dan tidak mengambil tindakan sendiri atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mencetuskan kekacauan dalam masyarakat.

Sumber: FB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd