Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Aktivis Dakwa Lebih 2,000 Kanak-Kanak Rohingya Di Malaysia Ditahan di Pusat Imigresen

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap komuniti Rohingya di seluruh dunia.

Menurutnya, kempen tersebut diadakan setiap 13 Jun bagi memperingati mangsa yang terkorban dalam siri keganasan yang didakwa menimpa etnik Rohingya sejak puluhan tahun lalu.

“Pada hari ini, seperti setiap 13 Jun, kita memakai warna hitam untuk menghormati dan mengenang nyawa-nyawa Rohingya yang terkorban.
“Dari pembunuhan beramai-ramai pada tahun 1942, kepada operasi ketenteraan 1978 dan 1991–92, sehinggalah kepada apa yang berlaku pada 2017, serta keganasan yang masih berterusan hari ini, masyarakat Rohingya telah melalui 84 tahun penindasan, pengusiran dan kehilangan yang amat besar.
“Saya memakai hitam untuk mengenang nenek moyang yang telah terkorban dan membolehkan saya masih hidup hari ini,” tulisnya baru-baru ini.

Menerusi ruangan kapsyen, dia mendakwa hanya sebahagian kecil komuniti Rohingya kini hidup dalam keadaan selamat, manakala selebihnya masih berada dalam keadaan pelarian dan ketidakpastian di pelbagai negara.

Noor Azizah yang pernah menetap di Malaysia selama lapan tahun setengah turut meluahkan rasa kesal terhadap penyebaran kata-kata kebencian dan maklumat tidak tepat mengenai komuniti Rohingya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya memikul tanggungjawab untuk memastikan suara 99 peratus yang lain, mereka yang berada di kem pelarian, pusat tahanan dan dalam buangan dengan keadaan yang amat sukar terus didengari.
“Saya amat kesal dengan pertambahan kata-kata kebencian, maklumat salah dan maklumat palsu terhadap komuniti saya.
“Saya sering melihat dakwaan bahawa Rohingya menerima ‘makanan percuma’, ‘rumah percuma’ dan pelbagai keistimewaan. Hakikatnya jauh berbeza,” tulis Noor Azizah.

Dia menjelaskan pengalaman hidupnya di Malaysia sebelum ini banyak bergantung kepada usaha sendiri serta bantuan masyarakat setempat, bukannya keistimewaan seperti yang didakwa sesetengah pihak.

“Ketika kecil, saya pernah bersembunyi di hutan di Sabah, menjual makanan bersama keluarga, dan hidup dalam ketakutan untuk ditangkap kerana kami tidak mempunyai status undang-undang.
“Kami terus hidup melalui kerja keras dan kebaikan rakyat Malaysia biasa, bukan kerana kami diberi bantuan atau keistimewaan,” jelasnya.

Dalam video yang dimuat naik, Noor Azizah turut menggambarkan keadaan komuniti Rohingya di beberapa negara serantau termasuk dakwaan penahanan kanak-kanak serta penyebaran kebencian di media sosial.

“Di Malaysia hari ini, lebih daripada 2,000 kanak-kanak Rohingya ditahan di pusat imigresen. Mereka membesar di sebalik palang besi, bukannya di dalam bilik darjah.
“Di Indonesia, kata-kata kebencian dan maklumat palsu semakin memburukkan keadaan di media sosial.
“Di Thailand pula, ada pihak tidak bertanggungjawab memperdagangkan manusia Rohingya seperti wang,” katanya ketika berucap dalam satu majlis graduasi di University of Sydney, Australia dipercayai pada Oktober 2025.

Malah, dia menyeru orang ramai untuk menyertai kempen tersebut dengan memakai pakaian hitam, berkongsi gambar dan menyuarakan sokongan terhadap keadilan untuk komuniti Rohingya.

Sumber: Instagram Noor Azizah

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Lokal

Pendaki wanita yang ditemui selamat selepas hampir dua minggu hilang di kawasan hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, memaklumkan bahawa beliau tidak mengalami...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd