Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

“Kami Sama-Sama Membesar Di Flat Sandakan” -Individu Dakwa Jiran Lama Aktivis Rohingya

Beberapa pengguna media sosial tampil mempertikaikan dakwaan aktivis Rohingya, Noor Azizah mengenai pengalaman hidupnya di Sabah selepas mendakwa mengenali keluarganya ketika menetap di Sandakan suatu ketika dahulu.

Tidak hidup gelandangan pun

Perkara itu dibangkitkan menerusi satu hantaran Threads yang dimuat naik oleh @Ngela Angie Ju yang memaparkan tangkap layar beberapa komen individu mendakwa Noor Azizah tidak menjalani kehidupan sebagai gelandangan seperti yang pernah diceritakannya.

Tinggal di flat di Sandakan

Seorang pengguna dikenali sebagai Sis Ju mendakwa dia membesar bersama Noor Azizah di sebuah flat di Sandakan dan menyifatkan kehidupan mereka ketika itu tidak seperti yang digambarkan.

“Kami sama-sama membesar di flat Sandakan dulu. Dia membesar dalam rumah flat, tidak seperti yang dia cerita menjadi gelandangan. Sayang dengan mereka satu keluarga sebab kami anggap macam saudara, tapi sakit hati bila dia buruk-burukkan Malaysia,” tulisnya.

Dulu mereka berniaga, bapa kerja di Australia

Menurut pengguna itu lagi, keluarga Noor Azizah dipercayai berhijrah ke Australia ketika dia masih kecil selepas tidak memperoleh kerakyatan di Sabah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam masa sama, seorang lagi pengguna dikenali sebagai RD Syah turut mendakwa mengenali keluarga Noor Azizah dan menyifatkan mereka menjalani kehidupan yang baik ketika berada di negeri itu.

Beberapa pengguna media sosial lain turut mendakwa terdapat percanggahan antara kisah yang dikongsikan Noor Azizah dengan pengalaman mereka mengenali keluarga berkenaan ketika menetap di Sandakan.

“Okey sahaja hidup mereka. Tak silap mereka berniaga dan bapanya bekerja di Australia ketika itu,” dakwanya.

Terdahulu, ucapan Noor Azizah ketika majlis graduasi di Universiti Sydney menjadi perhatian ramai selepas beliau mendakwa komuniti Rohingya masih berdepan diskriminasi dan eksploitasi di beberapa negara Asia Tenggara termasuk Malaysia.

Dalam ucapan tersebut, beliau turut menyentuh isu penahanan di pusat imigresen, ucapan kebencian di media sosial serta kegiatan pemerdagangan manusia yang didakwa memberi kesan kepada komuniti Rohingya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Thread Ngela Angie Ju

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd