Connect with us

Inspirasi

Wanita England Sebak Jiran Muslim ‘Sedekah’ Makanan Semasa Dikuarantin

Ketika ini, seluruh dunia sedang dihambat kegusaran susulan daripada pendemik Covid-19 yang telah meragut ribuan nyawa.

Bukan itu sahaja, hampir seluruh dunia sedang berkurung di rumah masing-masing atas arahan pemerintah bagi memastikan rantaian wabak maut ini dapat diputuskan.

Sikap baik sesama jiran

Atas sebab itu, mereka yang baru pulang dari luar negara diminta untuk mengasingkan diri daripada orang lain dengan kuarantin diri selama 14 hari.

Susulan daripada tindakan tersebut, seorang pengguna Twitter dari Lincoln, England telah memberikan penghargaan buat jirannya yang beragama Islam kerana bermurah hati memberinya sedikit bekalan makanan ketika dia tidak dibenarkan keluar.

 

Anggap jiran sebagai keluarga

Dalam bungkusan yang diberikan kepada warga England itu, jiran Muslimnya telah membelikan buah segar, salad dan juga cecair pembasmi kuman untuknya selepas mengetahui bahawa dia perlu dikuarantin di rumah.

Pengguna Twitter itu juga berasa terharu kerana jirannya menganggap dirinya sebagai keluarga sedangkan mereka bukanlah seagama.

Dapat ratusan tanda suka

Perkongsian yang dibuat oleh warga England tersebut begitu menyentuh hati sehinggakan muat naik itu mendapat ratusan ribu tanda suka kerana sikap jirannya yang begitu terbuka.

Ketika saat-saat seperti ini, semua pihak tidak kira siapapun haruslah saling membantu kerana dengan cara itu sahaja kita dapat berganding bahu memutuskan rantaian Covid-19  ini dari terus menular.

Sumber : Pauline Loven

Continue Reading
Advertisement

Trending