Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Taylor Swift Lancarkan ‘thanK you aIMee’, Kim Kardashian Pula Hilang 500,000 Pengikut

Ikon pop Barat, Taylor Swift mengejutkan semua pendengar dengan mengeluarkan lagu diss track, menyasarkan seorang ‘watak’ bernama Aimee, yang dispekulasi oleh peminat tidak lain adalah Kim Kardashian.

Memetik artikel The Daily Star, Taylor bukanlah seorang yang suka bergurau namun menerusi lagu terbarunya ‘thanK you aIMee’ pastinya membuktikan perseteruannya dengan Kanye West dan Kim semakin berlarutan.

Lagu ini penuh dengan kiasan kepada tokoh realiti televisyen malah sekiranya diamati, tajuk lagu tersebut menggunakan huruf besar K, I dan M secara huruf besar, sama seperti nama Kim.

Foto: NBC News

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lirik lagu, “And maybe you’ve reframed it… And in your mind, you never beat my spirit black and blue… I don’t think you’ve changed much… And so I changed your name and any real defining clues… And one day, your kid comes home singin’… A song that only us two is gonna know is about you” secara tidak langsung memperlihatkan pergaduhan di antara dua selebriti tersebut.

Dalam pada itu, dengan keluarnya lagu itu telah memberi impak yang ketara kepada pengikut media sosial Kim, dengan penurunan ketara dalam bilangan pengikutnya malah dia telah menghadapi pelbagai kritikan dan maklum balas negatif dalam talian sebagai tindak balas kepada kandungan lagu itu.

Foto: CNN News

Laporan menunjukkan bahawa bilangan pengikut Kim berjumlah 364.3 juta sebelum album dikeluarkan. Walau bagaimanapun, berikutan penampilan sulung lagu itu, bilangan pengikutnya telah merosot kepada 363.8 juta, menandakan penurunan lebih 500,000 pengikut dalam masa beberapa hari sahaja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk rekod, insiden VMA 2009 melibatkan Kanye yang mengganggu ucapan penerimaan Taylor Swift untuk Best Female Video sewaktu di atas pentas, dia mengatakan bahawa Beyonce sepatutnya memenangi anugerah tersebut dan bukannya Taylor.

Lalu, pada tahun 2016, Kanye telah mengeluarkan lagunya Famous, yang mengandungi lirik kontroversial merujuk kepada Taylor sehingga menyebabkan peminat kurang gemar untuk mendengarkan lagu tersebut.

Sumber: The Daily Star

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Firdaus Rostam

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pemuda India belanja anak yatim baju raya bagi mengembirakan mereka kerana pernah merasai hal sama hidup tanpa kehadiran bapa tersayang sewaktu kecil. TikToker...

Sosial

Ustaz Firdaus Firabib yang tidak asing lagi di Kedah telah menerima usul daripada Kariah Masjid Al-Busyra di Merbok apabila meminta agar elaun imam dipotong....

Sosial

Video seorang pak cik lempar petai atas jalan tular di media sosial apabila dipercayai kecewa selepas tidak dibenarkan berniaga di lokasi tersebut oleh penguat...

Nasional

Malaysia Aviation Group (MAG) hari ini mengumumkan tempahan sebanyak 30 pesawat Boeing 737 MAX yang mana ia menjadi satu langkah strategik yang disaksikan oleh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd