Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Brendan Gan Dilayang Kad Merah, ‘Mangsa’ Pertama Teknologi VAR

Pemain tengah kelab Kuala Lumpur City (KL City), Brendan Gan dilayangkan kad merah pertama hasil teknologi video bantuan pengadil (VAR) pada perlawanan menentang Negeri Sembilan (NSFC), semalam.

Memetik laporan Harian Metro, penggunaan VAR dikatakan telah membantu kelab KL City menewaskan NSFC dengan perbezaan satu mata, 2-1.

Foto: FB Kuala Lumpur City FC

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras mencatat sejarah dengan penggunaan VAR buat pertama kalinya sekali gus menarik perhatian ramai apabila Brendan dikenakan kad merah pada minit ke-79.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, kad merah pertama diberikan oleh pengadil, Zamzaidi Katimin kepada Brendan mengambil masa selama enam minit sebelum kekerasannya terhadap pihak lawan dapat dikesan.

Dalam pada itu, pada minit ke-18, VAR digunakan buat pertama kali untuk mengesan kesalahan yang berlaku di kawasan penalti NSFC.

Hasil kegunaan VAR pada minit ke-35 membantu KL City untuk memperolehi sepakan penalti, manakala pemain NSFC, Che Rashid Che Halim diberikan kad kuning oleh Zamzaidi.

Foto: IG Brendan Gan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perlawanan malam tadi telah menyaksikan Zhafri Yahya berjaya menjaringkan gol pertama untuk pasukan KL City dengan sepakan deras pada minit ke -23.

Jaringan gol kedua oleh Paulo Jouse pada minit ke-37 telah menyedarkan NSFC sekali gus merapatkan jurang gol menerusi jaringan N Javabilaarivin pada minit ke-41.

Secara keseluruhan, teknologi VAR telah menyebabkan lima layangan kad kuning manakala satu pemain diarah keluar dari padang.

Sumber: Harian Metro 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membatalkan arahan kawalan penjualan diesel ke atas kenderaan pengangkutan darat di Sabah, Sarawak dan Wilayah...

Sosial

Pempengaruh media sosial, Ammar Nazhan menjadi perhatian selepas didakwa menyiarkan semula perlawanan FIFA World Cup 2026 menerusi platform TikTok tanpa kebenaran daripada Radio Televisyen...

Dunia

Bekas Menteri Pendidikan Indonesia merangkap pengasas syarikat teknologi Gojek, Nadiem Makarim, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun selepas didapati bersalah atas tuduhan rasuah oleh sebuah...

Lokal

Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Pangsapuri Rimba di sini sejak 23 Jun lalu, dipercayai meninggalkan sekeping...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd