Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Anwar Nafi Dakwaan Rancang Keluar Lesen Kasino Di Forest City – “Itu Tipu”

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan kononnya pihak kerajaan mempertimbangkan pengeluaran lesen kasino di Forest City, Johor.

Memetik laporan Free Malaysia Today, Anwar menyatakan bahawa laporan media terdahulu yang menyatakan tentang rancangan awal kerajaan untuk mengeluarkan lesen kasino kedua merupakan perkara yang tidak sahih.

“Tiada..mereka bangkit berkenaan lesen kasino..itu tipu,” katanya hari ini.

Sebelum ini, Anwar dilaporkan oleh Bloomberg bahawa beliau telah bertemu dengan pengasas dari Berjaya Corporation Bhd (BCorp) Vincent Tan dan Pengerusi Kumpulan Genting, Lim Kok Thay untuk membincangkan rancangan itu, minggu lalu.

Foto: Bernama

Dalam pada itu, portal tersebut berkata projek hartanah bernilai USD100 bilion dapat dipulihkan dengan kehadiran kasino di kawasan berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut laporan tersebut, selain judi menjadi sektor yang paling dikawal selia di negara ini, lesen kasino juga memerlukan pertimbangan daripada menteri kewangan untuk diperbaharui setiap tiga bulan.

Foto: Google

Pada masa yang sama, Anwar juga merupakan individu yang memiliki portfolio kewangan di dalam kabinet kerajaan hari ini.

Sekadar info, selain telah memegang satu-satunya lesen kasino negara di Genting Highlands sejak 1969, negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Singapura turut dikendalikan oleh syarikat tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Free Malaysia Today (Mohd Farhan Darwis)

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto mendedahkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalaninya menunjukkan beliau mempunyai keturunan India. Perkara itu dikongsikan Prabowo ketika berucap di hadapan...

Lokal

Pengorbanan Allahyarham Prebet Siti Khadijah Sungip yang terkorban ketika menjalani latihan ketenteraan dihargai apabila beliau dinaikkan pangkat kepada Lans Koperal secara anumerta. Tentera Darat...

Sukan

Ketua jurulatih Mesir, Hossam Hassan meluahkan kekecewaan mendalam terhadap mutu pengadilan selepas pasukannya tersingkir daripada saingan Piala Dunia apabila tewas 3-2 kepada Argentina dalam...

Lokal

Polis sedang memantau aktiviti segelintir pengasas produk kosmetik dan peniaga dalam talian yang sering mempamerkan gaya hidup mewah di media sosial bagi mengesan kemungkinan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd