Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

RM35.84 Juta Peruntukan Diluluskan Kepada 1,791 KIR Seluruh Negara – KPKT

Sebanyak RM35.84 juta peruntukan telah diluluskan kepada 1,791 Ketua Isi Rumah (KIR) seluruh negara bagi tahun 2024 untuk meningkatkan kualiti hidup kumpulan miskin bandar melalui penyediaan kediaman yang selesa dan selamat untuk dihuni.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, inisiatif ini bertujuan untuk menyumbang kepada kehidupan yang berkualiti dan sejahtera kepada komuniti di bandar.

Foto: Malay Mail

“Program Baik Pulih Rumah di Bandar (PKKB) merupakan satu usaha komited KPKT dalam membantu rakyat untuk menambah baik kualiti kehidupan keluarga di bandar, sekali gus bagi menangani isu kemiskinan bandar dalam kalangan B40 selaras hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis MADANI Muhibah Aidilfitri yang bertempat di pekarangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Komunikasi (KK) di Putrajaya, hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menerusi majlis tersebut, Kor Ming telah menyerahkan peruntukan PKKB tahun 2024 sebanyak RM20,000 kepada lima orang KIR di bawah Majlis Perbandaran Kajang.

Program ini merupakan salah satu komponen bagi Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Sementara itu, beliau berkata KPKT telah menerima peruntukan belanjawan sebanyak RM5.647 bilion sekali gus dapat menyokong untuk terus melaksanakan program perumahan, peranan Kerajaan Tempatan, pemerkasaan komuniti, kemampanan bandar, pengurusan sisa pepejal serta perkhidmatan kebombaan dengan lebih cemerlang demi kesejahteraan rakyat.

“KPKT berpegang kepada saranan Belanjawan Malaysia Madani – setiap sen yang dibelanjakan haruslah memanfaatkan rakyat bukan sahaja pulangan ekonomi tetapi memberi manfaat dari segi ihsan dan keinsanan.
“Saya juga bersyukur kerana pihak kementerian telah berjaya memenangi 15 anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa pada 2023, berkat usaha ikhlas setiap kakitangan KPKT di semua peringkat,” ujarnya.

Beliau turut berpesan supaya orang ramai dapat meninggalkan amalan dan budaya lama yang merosakkan dan perlulah mempunyai usaha dan keyakinan yang tinggi dalam menggapai matlamat serta juga makna.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Turut hadir Anwar, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, Menteri-Menteri Kabinet, Timbalan–Timbalan Menteri, Ketua Setiausaha KPKT dan Ketua Setiausaha KK, wakil-wakil kedutaan negara luar serta pegawai-pegawai kanan Kementerian, Jabatan dan Agensi di bawah KPKT dan KK.

Ditulis oleh Firdaus Rostam

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pengarah JKR (Jabatan Kerja Raya) bakal didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah, Jalan Duta esok atas pertuduhan rasuah melibatkan ratusan ribu ringgit, kata...

Nasional

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tampil menjelaskan dakwaan melibatkan beberapa warga Pakistan peroleh kad pengenalan biru adalah kes lama yang kembali ditularkan di media sosial....

Lokal

Polis memaklumkan suspek pembunuhan seorang penuntut universiti di Cyberjaya dikesan membuat transaksi pengeluaran wang automatik ATM milik mangsa setelah wanita itu dibunuh. Suspek guna...

Lokal

Seorang lelaki berusia 50 tahun yang melanggar Perodua Axia dijatuhi hukuman denda berjumlah RM13,000 oleh dua Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini selepas mengaku...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd