Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Hubungan PH-BN Retak? Fahmi Fadzil Bidas Dakwaan Sanusi

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil membidas kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi yang mendakwa hubungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) sedang retak.

Menerusi laporan Bernama, Sanusi telah digesa oleh Fahmi agar mendiamkan diri daripada bersuara tentang isu-isu di negeri lain serta menumpukan perhatian yang lebih kepada negeri di bawah pimpinannya, Kedah.

Foto: Bernama

“Saya rasa daripada dia sibuk tentang negeri lain, sibukkan diri dia untuk menyiapkan pelbagai projek yang telah diumumkan di Kedah sama ada Widad Group atau litar,” katanya ketika sidang media pada Selasa.

Selain membandingkan kredibiliti Menteri Besar Selangor dengan Sanusi yang dianggap jauh lebih baik, Fahmi turut mengungkit kes-kes yang melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Berbeza dengan Menteri Besar Selangor, umum dan kita lunaskan.
“Menteri Besar Kedah ni dah ada kes hasutan melibatkan Sultan Selangor, jadi saya rasa diam jelah Sanusi,” ujarnya.

Foto: FMT

Terdahulu, Sanusi telah menyatakan bahawa pihak Perikatan Nasional (PN) akan mengeruhkan lagi keretakkan hubungan yang dihadapi oleh Persatuan Cina Malaysia (MCA) dengan PH.

Dalam pada itu, beliau juga menganggap ketidakterlibatan MCA untuk kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu sebagai satu kelebihan buat gabungan berkenaan.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang dilaporkan hilang ketika mendaki di Gunung Batu Putih di sini, Jaslinda Saludin, 49, ditemukan selamat dan kini berada di rumah Tok...

Lokal

Pendaki wanita yang ditemui selamat selepas hampir dua minggu hilang di kawasan hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, memaklumkan bahawa beliau tidak mengalami...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd