Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

LE SSERAFIM Dikecam Lagi, Dituduh Lip Sync Semasa Persembahan Coachella Minggu Kedua

Penyanyi kumpulan K-pop terkenal, LE SSERAFIM kembali tampil di Coachella 2024 untuk menjayakan persembahan bagi minggu kedua, semalam.

Mereka berhadapan dengan tekanan yang tinggi disebabkan oleh kritikan berhubung persembahan mereka pada minggu pertama yang lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Memetik laporan Koreaboo, walaupun mereka seperti menunjukkan prestasi yang lebih baik, penonton dengan cepat menyedari bahawa mereka telah memaparkan backing track mereka (track AR) untuk menstabilkan prestasi mereka sehingga membuat penonton antarabangsa bertindak mengecam tindakan kumpulan itu, sekali gus menuduh mereka lip sync.

Untuk penonton Korea, mereka menyatakan ketika gadis-gadis itu mempersembahkan lagu ‘Smart’ dengan backing track, mereka dapat melihat dengan jelas bahawa mereka hanya menggerakkan bibir dan suara mereka tenggelam disebabkan muzik latar yang terlalu kuat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Memandangkan ‘Smart’ dianggap sebagai salah satu lagu yang mudah didengari, netizen meluahkan rasa yang sangat kecewa dengan keputusan kumpulan tersebut untuk menggunakan backing track dan lipsync.

Foto: Hallyu+

Coachella merupakan festival muzik yang terkenal dengan persembahan secara live, di mana pengunjung festival boleh menikmati suasana dan menikmati persembahan yang lebih dinamik.

Dalam pada itu, ramai penonton yang kecewa dengan tindakan LE SSERAFIM yang dikiran memutuskan untuk mengambil ‘jalan mudah’ bagi mengelakkan lebih banyak kritikan dilemparkan ke atas mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Koreaboo

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd