Connect with us

Infozon

Wanita Afghanistan Borong Burqa Sejak Taliban Berkuasa, Harga Naik 10 Kali Ganda

Trauma dengan pengalaman ngeri semasa zaman pemerintahan Taliban dahulu, wanita Afghanistan mula menyerbu kedai-kedai yang menjual burqa di sekitar bandar di negara itu.

Sepanjang pemerintahan Taliban dari tahun 1996 hingga 2001, mereka akan dihukum sekiranya gagal memakai pakaian  tersebut.

Sejak Taliban mula menguasai Afghanistan, burqa dan niqab kembali menjadi buruan ramai sehingga harganya mengalami kenaikan sebanyak 10 kali ganda sehingga sesetengah kedai terpaksa ditutup.

Seorang penjual burqa memberitahu bahawa burqa bukan sahaja dikehendaki wanita di wilayah terpencil malah wanita di bandar turut berpusu-pusu untuk mendapatkannya.

Malah dikatakan, terdapat juga wanita dan ahli kelurganya yang tidak sempat membeli burqa dan merancang untuk membuatnya dari cadar atau penutup tilam.

Advertisement

Perkara ini membuatkan para aktivis wanita merasa risau dengan keadaan semasa di sana. Seorang pelajar dan mantan Perwakilan Permuda Afghanistan ke PBB pada tahun 2019, Aisha Khurram mendedahkan dia tidak tahu bagaimana nasib wanita di Afghanistan setelah Taliban kembali berkuasa.

“Saya melihat ramai wanita sebelum ini tidak pernah merasai pemerintahan Taliban. Katanya mereka tidak mahu memakai burqa.

“Saya tidak tahu apa akan jadi kepada wanita muda di Afghanistan. Mereka cemerlang.

“Sekarang mereka tinggal di rumah dan meneka-neka apa yang akan terjadi selanjutnya.”

Sebelum ini wanita telah dilarang bekerja, manakala anak perempuan pula tidak dibenarkan ke sekolah. Mereka juga diwajibkan memakai burqa untuk menutup wajah selain tidak dibenarkan keluar rumah tanpa ditemani lelaki mahram.

Sementara itu, pihak Taliban telah berjanji akan memberi hak kepada para wanita mengikut undang-undang Islam termasuklah hak pendidikan sehingga ke peringkat universiti.

Menurut mereka lagi hanya pemakaian hijab sahaja diwajibkan bukan burqa seperti mana yang dikuatkuasakan sebelum ini, namun pengalaman lepas membuatkan wanita Afghanistan ketakutan.

Sumber: The Vocket, NDTV

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Trending